Sebagaimana bumi,Allah s.w.t juga menciptakan bulan.Banyak keterangan tentang bulan dan aturan serta faedah penciptaan bulan oleh Allah s.w.t bagi manusia di muka bumi.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
(Al-Baqarah 2:189)
Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
(Al-An'aam 6:96)
Dan hari ini telah memasuki 11 rabiul akhir.Tidak seperti bulan ramadhan yang begitu cukup besar kemulianya,bulan rabiul akhir juga tercatit sejarah dan peristiwa yang menarik andai diterokai kisahnya.Dalam bulan rabiul akhir ini,terdapat surah Al-Hasyar yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.Setiap bulan itu ada tercatit peristiwa dan sejarah khususnya bagi umat islam atau juga sejarah islamiyah.
Rabiul Akhir (ربيع الآخر) atau adalah merupakan bulan Islam yang ke-4. Rabiul Akhir dikenali juga dengan nama ‘Rabiul Thani’ (ربيع الثاني) yang membawa musim bunga yang kedua iaitu waktu ini tumbuhan dan tanaman telah sampai ke penghujung dan kemuncak mengeluarkan bunga. Namun ianya hanyalah sekadar nama dan tidak lagi dikaitkan dengan keadaan dan musim bunga yang sebenar.
Dalam catatan sejarah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabiul Akhir, di antaranya adalah:-
.
1. Pada bulan ini, Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.
.
1. Pada bulan ini, Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.
2. Berlakunya cubaan membunuh Nabi Muhammad ﷺ oleh kaum Yahudi Bani An Nadhir menggunakan seketul batu besar.
3. Rasulullah ﷺ menghantar perutusan kepada kaum Yahudi Bani An Nadhir supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama baginda.
4. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah kerana kezaliman yang dilakukan mereka pada tahun 3 Hijrah, sehingga terjadinya Peperangan Najran.
5. Peperangan Al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi ﷺ bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madianah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.
6. Pengepungan Kota Damsyik (Syam) selama 70 malam diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a pada tahun 14 Hijrah (635 Masihi) di zaman Pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang akhirnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
7. Saidina Abu Bakar As-Siddiq wafat pada pada tahun 634 Masihi selepas 2 tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Sayidina Umar Al-Khattab r.a telah di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.
8. Tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.anha telah terheret dalam kancah peperangan di antara pasukan Khalifah Ali ibn Abi Talib (sepupu dan menantu dari Nabi Muhammad ﷺ) menentang Bani Umaiyyah. Peperangan Jamal atau perang unta adalah perang yang terjadi di Basra, Iraq pada tahun 656 masehi.
9. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
10. 11. Imam Ghazali atau Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Ahmad, seorang ulamak terkemuka telah meninggal dunia pada bulan Rabiul Akhir tahun 505 H (1111M). Karya – karya tulis Imam Al-Ghazali meliputi berbagai bidang keislaman, Kalam, Fiqh, Filsafat, Tasawuf dan lain lainnya yang berbentuk buku maupun risalah.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Foto Kredit-Kompas.com
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Foto Kredit-Kompas.com
No comments:
Post a Comment