Hingga kita,kekhusyukan didalam solat itu dicari.Ditambah terdapat ayatul Quran yang menerangkan tentang keutamaan orang yang khusyuk ini berbanding mereka yang culas dalam solat (tidak khusyuk).
Khusyuk dalam solat perkara yang dicari,yang cuba didapatkan semampu boleh,namun bagaimana dan cara meraih nilai berharga khusyuk solat itu ?
Membawakan tulisan dari mufti wilayah persekutuan menerangkan hukum dan cara mendapatkanya serta menghuraikan makna-makna yang selama ini tercari-cari perbuatan dan sikap orang yang khusyuk dalam solat.Alhamdulillah,sama-sama kita mendapatkan kefahaman dari penulisan dan pencerahan mufti kita ini,agar denganya kita dapat memperbaiki lagi mutu ibadah solat.Inn syaAllah.
Mukadimah
Pada kali ini, dalam Bayan Linnas kami sengaja mengemukakan satu tajuk Khusyuk Solat: Hukum dan Cara Mendapatkannya dalam solat bertujuan untuk kita meningkatkan nilai dan mutu solat kita ke arah kesempurnaan. Terkadang perkara asas seperti solat dipandang enteng dan dianggap mudah sehingga berlaku pengabaian dan kalau buat pun seperti melepaskan batuk di tepi tangga tanpa cuba menyempurnakan dengan sebaik mungkin. Justeru, akan timbullah pelbagai kelemahan dalam menunaikan solat yang menjadi tiang seri dan rukun agama Islam yang utama. Semoga pencerahan dalam Bayan Linnas kali ini dapat menginsafi kita untuk kembali muhasabah dan menilai kedudukan solat kita dalam harian kita.
Tafsir Ayat 1 dan 2
Firman Allah SWT:
Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.
Orang yang merendahkan diri dan patuh kepada Allah SWT pernah mengerjakan sembahyang sambil mendongakkan wajahnya ke langit. Setelah ayat ini diturunkan, Baginda mengalihkan pandangannya ke tempat sujudnya kerana khusyuk ketika sembahyang merupakan satu kewajipan kerana beberapa sebab:
Bagi mendapatkan penghayatan dalam bacaan, sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 24
Kami kemukakan di sini definisi khusyuk pada bahasa dan juga istilah.
Pakar bahasa Ibn Faris Rahimahullah mengatakan:
Dikatakan kalimah khusyuk adalah hampir dengan sama maknanya dengan kalimah khudhu’. Adapun perbezaannya adalah khudhu’ hanya berkaitan dengan tubuh badan, sedangkan khusyuk ialah melibatkan tubuh badan, suara dan pandangan. Sepertimana firman Allah SWT:
Syed Qutb berkata: Demikianlah kebesaran Ilahi itu menyelubungi suasana hari itu di Padang Mahsyar yang sayup saujana di pandang mata itu diselimuti perasaan takut, cemas, sunyi sepi, rendah diri dan khusyuk, di mana percakapan dengan berbisik-bisik dengan pertanyaan dikemukakan dengan suara yang rendah. Seluruh hati khusyuk dan wajah muram kerana sengsara. Kebesaran dan kemuliaan Allah Yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir menyelimuti jiwa manusia yang ramai itu dengan rasa kebesaran dan kemuliaan yang tenang (pada hari itu) tiada syafaat (yang diterima Allah) melainkan dari orang-orang yang diperkenankan permohonannya.
Pada hari itu ilmu yang meliputi hanya dimiliki Allah, sedangkan ilmu pengetahuan mereka tidak dapat meliputi ilmu Allah (pada hari itu) orang-orang yang zalim akan memikul dosa-dosa kezaliman mereka dan akan menemui kehampaan dan kekecewaan (pada hari itu) orang-orang yang beriman berada dalam keadaan tenang, tenteram. Mereka tidak bimbang, teraniaya dalam hisab amalan dan tidak takut dikurangi amalan-amalan soleh yang telah dikerjakan mereka. Itulah kehebatan dan kebesaran yang menyelubung seluruh suasana di hadapan Allah Yang Maha Penyayang.
Al-Baghawi rahimahullah menukilkan beberapa penafsiran ulama tentang khusyuk dalam solat, walaupun penafsiran tersebut berbeza ungkapannya, namun satu sama lain tidak saling bertentangan, bahkan saling melengkapi, kerana sebahagian ahli tafsir menjelaskan makna khusyuk dari sisi lahiriyah dan sebahagian lagi menjelaskan makna khusyuk dari sisi batin.
Al-Baghawi rahimahullah ketika menafsirkan ayat:
Para Ulama) berselisih dalam menafsirkan makna khusyuk,
Ibn ‘Abbas berkata: tenang dan merendahkan diri
Al-Hasan (Al-Basri) dan Qatadah menafsirkan: (Iaitu) orang-orang yang takut
Muqatil menyatakan: (Iaitu) orang-orang yang rendah hati (tawadhu’)
Mujahid berkata iaitu menundukkan pandangan dan merendahkan suara.”
Saidina Ali RA, iaitu tidak menoleh ke kanan dan tidak pula ke kiri.
Sa’id bin Jubair berkata iaitu (seseorang) tidak mengetahui siapa orang yang di sebelah kanan dan kirinya, ia tidak menoleh, kerana demikian khusyuknya (menghadap kepada) Allah ‘Azza wa Jalla.
‘Amr bin Dinar berkata, iaitu ketenangan dan keindahan keadaan (gerakan).
Adapun Ibn Sirin dan yang lainya menafsirkan, iaitu kamu tidak mengangkat pandanganmu dari tempat sujudmu.
Berkata Atha`, iaitu kamu tidak bermain-main dengan anggota tubuhmu dalam solat…dan adapula yang menyatakan khusyuk dalam solat adalah memfokuskan (memperhatikan urusan solat) dan berpaling dari urusan di luar solat sembari menghayati makna bacaan dan zikir yang diucapkan lisannya.” (Rujuk Tafsir Al-Baghawi: 3/238-239).
Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk.
Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).
Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan takut dan juga gerun.
Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), takut, dan juga perasaan hina diri. Lihat Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).
Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:
Khusyuk hati iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
Khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.
Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat. Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.
Sa’id bin Musayyib rahimahullah pernah melihat seseorang yang berbuat perkara sia-sia dalam solatnya, lalu beliau berkata:
“Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”
Lihat Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi (2/285)
Dua Perkara Yang Menghalang Khusyuk
Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya banyaknya was-was kerana banyaknya syubhat dan syahwat, dan keterikatan hati terhadap perkara-perkara yang dicintainya, yang menuntutnya supaya mencarinya, serta perkara-perkara yang dibenci, yang hati terdorong untuk menolaknya.” (Lihat Majmu al-Fatawa: 22/607).
Imam al-Tabari Rahimahullah pula mendatangkan beberapa pendapat tokoh ulama salaf berkenaan pengertian khusyuk di dalam solat. Ianya seperti berikut:
Kata Imam Mujahid dan Imam Ibn Syihab al-Zuhri: Khusyuk dalam solat adalah dengan cara tenang di dalamnya.
Kata Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib RA ketika ditanyakan berkenaan ayat ini: Khusyuk di dalam solat itu bererti: Janganlah kamu berpaling ke sana sini di dalam solat kamu.
Kata Al-Hasan: Mereka khusyuk di dalam jantung hati mereka. Maka mereka pun menundukkan pandangan serta merendahkan sayap mereka. Rujuk Tafsir Al-Tabari, Ibn Jarir al-Tabari (19/8-9).
Berdasarkan pendapat beberapa tokoh ulama di atas, perkara yang dapat kita simpulkan berkenaan definisi khusyuk adalah: Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, perasaan hina di hadapan Allah yang menzahirkan perbuatan anggota badan seperti tenang di dalam solat, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.
Kami bahagikan di sini beberapa bahagian untuk mendapatkan kekhusyukkan di dalam solat, bahagian pertama ialah sebelum mendirikan solat iaitu persediaan untuk solat, kedua ketika hendak hampir solat dan ketiga ketika dalam solat:
Pertama: Persediaan Untuk Solat
Solat tepat pada waktu.
Firman Allah SWT:
Dan ada hadis pula yang menyatakan bahawa solat di awal waktu itulah yang paling afdhal, ini sebagaimana hadis daripada Ummu Farwah, beliau berkata:
Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Jangan solat jika makanan telah tersedia.
Daripada Aisyah, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Imam Muslim Rahimahullah ada menulis satu bab dalam Sahihnya berkenaan dengan hukum makruh solat jika makanan telah tersedia dan seseorang itu berkeinginan untuk makan.
Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil.
Bagi ulama yang berpendapat bahawa khusyuk termasuk dalam kewajiban solat, bererti maksud kata “laa” dalam hadis menunjukkan tidak sah solat dengan menahan kencing. Sedangkan menurut jumhur atau majaoriti ulama bahawa khusyuk adalah sunnah, bukan wajib. Sehingga “laa” yang dimaksud dalam hadis adalah menafikan kesempurnaan solat atau hadis tersebut diertikan “tidak sempurna solat dari orang yang menahan kencing”.
Menurut jumhur ulama, menahan kentut juga hukumnya makruh.
Imam Nawawi berkata: “Menahan kencing dan menahan dari membuang air besar (termasuk kentut) mengakibatkan hati seseorang tidak fokus di dalam solat dan khusyuknya akan terganggu. Menahan qadha hajat seperti itu hukumnya adalah makruh menurut majoriti ulama Syafi’iyah dan juga ulama selainnya. Jika waktu solat masih luas (masih ada waktu yang luas untuk qadha hajat), maka hukumnya adalah makruh. Namun bila waktunya sempit untuk solat, contohnya jika makan atau bersuci boleh keluar dari waktu solat, maka (walau dalam keadaan menahan kencing), tetap kena solat pada waktunya dan tidak boleh ditangguh lagi.”
Imam Nawawi berkata lagi: “Jika seseorang solat dalam keadaan menahan kencing padahal masih ada waktu yang luas untuk melaksanakan solat setelah buang hajat, solat pada ketika itu hukumnya adalah makruh. Namun, solat tersebut tetaplah sah menurut kami -ulama Syafi’i- dan inilah pendapat jumhur atau majoriti ulama.” Lihat Syarh Shahih Muslim, (5/46)
Al-San’ani berkata: “Perlu diingat bahawa hal ini bukan termasuk bab mendahulukan hak hamba mengatasi hak Allah, tetapi itu termasuk masalah menjaga hak Pencipta, agar tidak termasuk dalam ibadah kepada-Nya dengan keadaan hati yang tidak diterima munajatnya.” Lihat kitab Taisir al-Allam Syarh Umdah al-Ahkam (104-107) oleh Abdullah bin Abdurrahman bin Soleh Ali Bassam.
Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Memakai pakaian yang kemas dan selesa akan memudahkan untuk khusyuk di dalam solat. Ini kerana, terdapat sebahagian orang yang solat tidak khusyuk disebabkan memakai pakaian yang ketat, pakaian yang singkat dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
Jangan makan dan minum berlebihan ketika hendak solat.
Firman Allah SWT:
Solat di tempat yang tiada gangguan.
Berwudhu’ dengan sempurna.
Wudhu’ dengan sumpurna ialah mengikut cara yang diajar oleh Nabi SAW sama ada yang dalam perkara wajib wudhu’ atau pon sunat wudhu’
Tidak membazir air ketika berwudhu’
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu’, lalu Baginda SAW bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?” Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu’ juga ada istilah berlebih-lebihan?” Baginda SAW menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.” (Riwayat Ahmad)
Kedua: Ketika Hendak Hampir Solat
Azan dan iqamah.
Dilakukan secara berjemaah
Menghadirkan hati.
Mengibaratkan sebagai solat yang terakhir atau mengingati mati
Mengingati kematian dapat membantu seseorang untuk mencapai kekhusyukan di dalam solat. Nabi S.A.W bersabda,
Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat.
Ketiga: Ketika Dalam Solat.
Memahami dan menghayati bacaan dalam solat
Di antara cara yang dapat membantu seseorang untuk khusyuk di dalam solatnya adalah dengan meneliti dan menghayati makna-makna bacaan di dalam solatnya. Hal ini kerana, solat adalah saat berdirinya seorang hamba di hadapan Tuhannya. Justeru segala bacaan ayat di dalam solat perlulah difahami dengan baik kerana al-Quran itu sendiri merupakan kalamullah.
Supaya kita tidak menjadi orang yang seperti di dalam ungkapan ini: "Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”
Justeru itu amatlah digalakkan untuk memahami setiap makna ayat-Quran yang dibacakan di dalam solat kerana ia akan lebih menambah kekhusyukkan di dalam solat.
Memahami fiqh solat dengan sempurna
Merendahkan dan menghinakan diri di hadapan allah swt
Mengagungkan allah swt
Memperbanyakkan sunnah dalam solat sama ada qauli atau fi’li
Membaca doa yang sunnah dalam solat
Menghadirkan hati ketika sujud.
Ini kerana sewaktu sujud merupakan saat paling hampir antara hamba dengan Tuhan-Nya.
Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan
Tidak memikirkan hal keduniaan
Mengurangkan pergerakaan tubuh.
Tidak melihat ke langit.
Lihat pada tempat sujud dan pada tempat yang mendatangkan kekhusyukkan.
Lakukan dengan tama’ninah serta tidak tergopoh-gapah
Di antara cara untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat adalah dengan melakukannya dengan penuh ketenangan. Perbuatan gopoh-gapah di dalam solat dengan cara melakukannya dengan laju, tidak ada thoma’ninah (ketenangan) di dalam rukuk dan sujud adalah dilarang oleh Nabi S.A.W. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata:
Para ulama berbeza pendapat dalam isu khusyuk di dalam solat. Adakah ia merupakan di antara perkara wajib di dalam solat atau ia sekadar sunat dan merupakan pelengkap kepada solat. Imam Al-Qurtubi Rahimahullah menyatakan hal ini dengan katanya: Para ulama berbeza pandangan mengenai khusyuk di dalam solat ini kepada dua pendapat:
Pertama: Ia merupakan di antara perkara fardhu (yang wajib) di dalam solat.
Di antara tokoh ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah. Beliau menyebutkan beberapa dalil yang menunjukkan kewajipan khusyuk di dalam solat. Di antaranya adalah firman Allah S.W.T:
Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib. Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).
Pandangan ini juga merupakan pendapat yang paling sahih menurut Imam al-Qurthubi. Ini dapat dilihat dari kata-kata beliau: Pendapat yang paling sahih adalah pendapat yang pertama (yang mengatakan khusyuk adalah di antara fardhu solat). Dan tempat bagi kekhusyukan adalah jantung hati. Kata ‘Ubadah bin Al-Shomit R.Anh: Khusyuk adalah ilmu yang terawal diangkat daripada manusia. Rujuk Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (12/97).
Kedua: Khusyuk adalah di antara perkara sunat di dalam solat dan merupakan pelengkap bagi solat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah dan beberapa tokoh selainnya.
Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan: Disunatkan untuk khusyuk di dalam solat serta tunduk, mentadabbur ayat-ayat bacaan serta zikir-zikir di dalamnya, dan berpaling dari memikirikan perkara-perkara yang tiada kaitan dengannya. Sekiranya seseorang itu berfikir tentang perkara selain dari solat serta banyak memikirkannya, solatnya tidak terbatal. Akan tetapi perbuatan itu hukumnya makruh sama ada seseorang itu memikirkan perkara-perkara yang mubah (harus) atau memikirkan perkara-perkara yang haram seperti meminum arak.
Kata Imam Al-Nawawi lagi: Telah dinukilkan ijmak bahawasanya perbuatan berfikir dan monolog dalaman adalah tidak membatalkan solat akan tetapi para ulama sepakat bahawa ianya makruh. Pendapat Imam al-Nawawi ini didasarkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA beliau berkata dan beliau memarfu’kannya kepada Nabi S.A.W:
Tarjih
Setelah meneliti beberapa pandangan di atas, kami lebih cenderung dengan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat.
Kami kemukakan 2 dalil:
Pertama: Hadis Nabi SAW memulangkan baju kepada Abi Jahm dengan menyatakan bahawa ia melalaikan aku sebentar tadi dalam solatku.
Kedua: Hadis Aisyah Baginda SAW bersabda kepadanya: Buanglah daripada kami bentuk gambaran pada bantal kamu itu kerana gambar-gambar sentiasa datang dalam solatku. Manakala jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat, banyak beralih ke kiri dan kanan, maka perbuatan tersebut adalah dimakruhkan. Walaupun begitu, tidak khusyuk di dalam solat akan mengurangkan pahala solat dan menjadikan solat seseorang itu tidak sempurna.
Kami juga tidak menafikan bahawa pandangan yang mewajibkan untuk khusyuk di dalam solat mempunyai asas yang kukuh. Imam Ibn al-Qayyim pernah mengatakan: Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hati.” Lihat Madaarij Al-Saalikin, Ibn al-Qayyim (1/354).
Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayatilah intipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir daripada kekhusyukan jiwa, kerendahan hati, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa supaya Allah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Allah m
Kisah-kisah Khusyuk Para Sahabat dan Salaf al-Soleh di Dalam Solat
Al-Rabi’ bin Khuthaim[1]
Al-Rabi’ bin Khuthaim adalah seorang tabi’in yang dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah seorang lelaki yang kebiasaannya datang awal ke masjid melihat Al-Rabi’ bin Khuthaim sedang sujud.
Lelaki tersebut berkata: “Al-Rabi’ bin Khuthaim jika beliau dalam keadaan sujud sama seperti pakaian yang terlonggok, hingga datang burung-burung menghinggapi di atas tubuhnya.” (Sifat al-Safwah, 3/ 39).
Amir bin Abdillah[2]
Amir bin Abdillah adalah ulama yang amat dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah suatu ketika beliau solat, kadang-kadang anak perempuannya memalu kompang dan para ibu berbicara semahu mereka di rumah beliau, sedangkan beliau seperti tidak mendengarnya.
Hinggalah kepada suatu masa ada yang bertanya kepada Amir bin Abdillah apakah pernah terlintas di fikiran ketika beliau solat. Maka beliau menjawab: “Ya, iaitu tempatku di hadapan Allah dan tempat kembaliku menuju salah satu dari dua kampung (syurga atau neraka).” (Lihat Ihya Ulumuddin, 1/242)
Amir bin Abdillah pernah satu keitka melaksanakan qiamullail. Tiba-tiba ada seekor ular yang masuk dari bawah baju gamisnya, lalu ular itu keluar dari sakunya, akan tetapi ular tersebut tidak mematuk beliau.
Sehingga ada yang bertanya kepada beliau: “Kenapa engkau tidak memukul ular itu?” Amir Bin Abdillah menjawab: “Aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku hanya takut kepada selain Dia.”
Amir bin Abdillah pernah satu ketika semasa nazak, beliau menangis. Lalu tetamu yang mengziarahinya bertanya: “Adakah yang membuatkanmu menangis adalah kerana sakit sakaratul maut?” Amir bin Abdillah menjawab: “Aku menangis bukan kerana sakitnya mati atau beratnya dunia, namun kerana aku tidak boleh lagi berqiamullai pada musim dingin.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/202).
Abu Abdullah Al Marwazi[3]
Abu Bakar Muhammad bin Ishaq menceritakan: “Aku tidak tahu siapakah yang lebih baik solatnya daripada Abu Abdullah Al Marwazi. Telah sampai kepadaku berita bahawa satru ketika terdapat seekor kumbang penyengat yang menyengat dahinya, hingga darah mengalir pada mukanya, namun beliau tidak bergerak sama sekali (Lihat Sifat al-Safwah 4/130).
Mansur bin Al-Mu’tamir[4]
Mansur bin Al-Mu’tamir mempunyai seorang jiran perempuan, yang memiliki dua orang anak perempuan yang kebiasaanya menaiki pada malam hari ke atas atap rumah pada waktu manusia tidur.
Satu ketika salah seorang anak perempuan jiran tersebut bertanya kepada ibunya: “Wahai ibu, untuk apa tiang yang aku lihat berada di atas atap si fulan itu?”
Maka ibu tersebut menjawab: “Wahai anakku, itu bukanlah tiang, itu adalah Mansur yang sedang solat semalaman suntuk dengan satu rakaat.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/113)
Amru bin Utbah[5]
Amru bin Utbah merupakan seorang tabi’in yang dikenali dengan kekhusyukannya di dalam solat. Satu ketika beliau bersama beberapa sahabatnya dalam sebuah peperangan. Dan pada ketika itu hamba beliau mendapati bahawa Amru bin Utbah tidak ada pada tempatnya, dan dia mencarinya.
Tidak lama kemudian, hamba menemuinya bahawa majikannya sedang melaksanakan solat di gunung sedangkan awan menaunginya. Dan pada satu malam hambanya mendengar suara ngauman singa, sehinggakan orang yang berada di sekitar itu lari, hanya tinggal Amru bin Utbah yang sedang solat.
Setelah peristiwa tersebut, hambanya dan orang lainnya pun bertanya kepada Amru bin Utbah: “Apakah kamu tidak takut kepada singa?” Maka Amru menjawab: “Sesungguhnya aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku takut kepada selain Dia.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/70)
Imam Al-Bukhari[6]
Imam Al-Bukhari pernah menunaikan solat zohor bersama para sahabatnya. Setelah selesai, Imam al-Bukhari menunaikan pula solat sunnah. Setelah selesai menunaikan solat sunnah Imam al-Bukhari mengangkat hujung baju gamisnya dan bertanya kepada para sahabatnya: “Apakah kamu semua melihat ada sesuatu di sebalik baju gamisku ini?”
Maka ternyata disebalik kainnya terdapat seekor lebah, dan jelas kelihatan kesan sengatan di kulit Imam al-Bukhari sebanyak 16 atau 17 sengatan. Sengatan tersebut telah menyebabkan bengkak di badan.
Seorang daripada sahabat Imam al-Bukhari pun bertanya: “Mengapa engkau tidak membatalkan solat sejak sengatan pertama engkau disengat?”
Imam al-Bukhari menjawab: “Aku sedang membaca surah, dan aku menginginkan untuk menyempurnakannya!” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 12/442)
Urwah bin Zubair[7]
Urwah bin Zubair pernah terkena penyakit akilah pada sebahagian anggota tubuhnya di mana penyakit tersebut dapat merebak seluruh tubuh. Akibatnya, tabib menanda anggota tubuh yang terkena akilah tersebut untuk dipotong sehingga anggota tubuh yang lain tidak dijangkiti. Bayangkan pada waktu itu belum ada ubat penahan sakit yang boleh menghilangkan kesakitan ketika bahagian tubuh dipotong. Lalu beliau berkata kepada tabib untuk menanggungkan sehingga beliau menunaikan solat. Tatkala beliau menunaikan solat barulah kakinya dipotong. Dan beliau tidak merasakan apa-apa pada ketika itu. Ini kerana hatinya sedang sibuk bermunajat kepada Allah. Hati jika sudah disibukkan dengan sesuatu, maka tidak akan ada sesuatu deria yang terkena pada badan.
Kisah ini diceritakan oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin dalam Syarh Riyadh al-Solihin (5: 46)
Penutup
Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk menjadikan solat kita khusyuk dan sempurna agar tidak melakukan semata-mata tanpa diberi pahala oleh Allah SWT. Sesungguhya khusyuk adalah rahsia yang agug dalam solat. Justeru, solat tanpa khusyuk sama seperti badan tanpa roh. Dengan kadar kesempurnaan khusyuk, maka sempurnalah pahala. Sebaliknya, siapa yang sentiasa dilalaikan dengan berfikir dalam urusan dunia pada masa solatnya maka sembahyangnya tetap sah dan tidak perlu diulang tetapi kurang dan lemah nilai ibadah solatnya itu. JUsteru, menjadi kewajipan kepada kita berusaha meghasilkan khusyuk dalam solat dan mengambil sebarang faktor dan sebab yang membawa khusyuk. Sentiasa bertaubat dan beristighfar dan mbersungguh-sungguh dalam berdoa. Semoga Allah kurniakan kepada kita hati yang khusyuk dan amalan yang diterima. Benarlah firmah Allah SWT:
Semoga solat kita diperkemaskan supaya menjadi solat yang berkualiti. Amin ya Rabb al-'Alamin.
______________________________________________
[1] Nama sebenarnya Abu Yazid al-Rabi bin Khuthaim bin Abdullah bin Mauhibah bin Muqid yang hidup pada zaman Nabi SAW tetapi tidak sempat bertemu dengannya. Justeru, beliau dikenali sebagai tabi’en. Beliau adalah antara murid kanan Abdullah bin Mas’ud selepas sahabat tersebut berpindah ke Kufah. Meninggal dunia sekitar tahun 65 Hijrah di Kufah. Beliau dikatakan orang yang paling wara’ dalam kalangan murid Abdullah bin Mas’ud.
[2] Nama sebenarnya Amir bin Abdillah al-Tamimi yang menetap di kota Baitul Maqdis. Kata Ahmad al-‘Ijli, “Beliau adalah seorang yang thiqah dalam kalangan tabi’en yang paling kanan. Terkenal dengan kuat ibadah. Meninggal dunia pada zaman Mu’awiyah dan dikebumikan di Baitul Maqdis.
[3] Nama sebenarnya Muhammad bin Nasr bin Hajjaj al-Marwazi. Dikunyah dengan Abu Abdillah al-Marwazi. Berasal dari Marw dan beliau merupakan amir di Khurasan. Lahir pada tahun 202 Hijrah dan meninggal pada tahun 294 Hijrah. Beliau adalah seorang ulama’ bermazhab Syafie.
[4] Beliau adalah Abu Ittab Mansur bin al-Mu’tamir al-Sulami, seorang tabi’en yang berasal daripada Kufah. Beliau terkenal dengan kekuatan ibadah dan berpuasa sunat selama 40 tahun. Meninggal dunia pada tahun 132 Hijrah.
[5] Amru bin Utbah bin Farqad al-Sulami. Bapa saudaranya adalah Abdullah bin Rabi’ah al-Sulami. Dikatakan ayahnya Utbah bin Khattab termasuk dalam sahabat Nabi. Amru terkenal dengan golongan yang bersungguh dalam ibadah.
[6] Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari. adalah ahli hadis yang termasyhur di antara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah. Sebahagian menyebutnya dengan julukan Amir al-Mukminin fi al-Hadis.
[7] Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam lahir pada tahun 23 Hijrah di kota suci Madinah al-Munawwarah. Beliau daripada keturunan sahabat dan keturunan yang mulia. Seorang yang alim termasuk muhaddith dan salah seorang yang digelar 7 ahli feqah Madinah. Meninggal dunia pada tahun 94 Hijrah juga di kota Madinah.
Rujukan:Mufti Wilayah Persekutuan
Khusyuk dalam solat perkara yang dicari,yang cuba didapatkan semampu boleh,namun bagaimana dan cara meraih nilai berharga khusyuk solat itu ?
Membawakan tulisan dari mufti wilayah persekutuan menerangkan hukum dan cara mendapatkanya serta menghuraikan makna-makna yang selama ini tercari-cari perbuatan dan sikap orang yang khusyuk dalam solat.Alhamdulillah,sama-sama kita mendapatkan kefahaman dari penulisan dan pencerahan mufti kita ini,agar denganya kita dapat memperbaiki lagi mutu ibadah solat.Inn syaAllah.
Mukadimah
Pada kali ini, dalam Bayan Linnas kami sengaja mengemukakan satu tajuk Khusyuk Solat: Hukum dan Cara Mendapatkannya dalam solat bertujuan untuk kita meningkatkan nilai dan mutu solat kita ke arah kesempurnaan. Terkadang perkara asas seperti solat dipandang enteng dan dianggap mudah sehingga berlaku pengabaian dan kalau buat pun seperti melepaskan batuk di tepi tangga tanpa cuba menyempurnakan dengan sebaik mungkin. Justeru, akan timbullah pelbagai kelemahan dalam menunaikan solat yang menjadi tiang seri dan rukun agama Islam yang utama. Semoga pencerahan dalam Bayan Linnas kali ini dapat menginsafi kita untuk kembali muhasabah dan menilai kedudukan solat kita dalam harian kita.
Tafsir Ayat 1 dan 2
Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun: 1-2)
Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.
Orang yang merendahkan diri dan patuh kepada Allah SWT pernah mengerjakan sembahyang sambil mendongakkan wajahnya ke langit. Setelah ayat ini diturunkan, Baginda mengalihkan pandangannya ke tempat sujudnya kerana khusyuk ketika sembahyang merupakan satu kewajipan kerana beberapa sebab:
Bagi mendapatkan penghayatan dalam bacaan, sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 24
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maksudnya: “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”
Makna Khusyuk Dari Segi Bahasa dan Istilah
Kami kemukakan di sini definisi khusyuk pada bahasa dan juga istilah.
Makna Khusyuk Pada Bahasa
Pakar bahasa Ibn Faris Rahimahullah mengatakan:
خشع: الخاء والشين والعين أصلٌ واحدٌ، يدل على التَّطامُن
Maksudnya: “Khusyuk adalah (terdiri dari tiga huruf dasar) kha`, syin dan ‘ain adalah satu sumber, yang menunjukkan kepada makna tunduk/merendah).”
Lihat Mu’jam Maqaayiis al-Lughah (316)
Dikatakan kalimah khusyuk adalah hampir dengan sama maknanya dengan kalimah khudhu’. Adapun perbezaannya adalah khudhu’ hanya berkaitan dengan tubuh badan, sedangkan khusyuk ialah melibatkan tubuh badan, suara dan pandangan. Sepertimana firman Allah SWT:
لَا عِوَجَ لَهُ وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَنِ
Maksudnya: Dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.
(Surah Taha: 108)
Lihat kitab Khusyuk fi al-Solat fi Dhaui al-Kitab wa Sunnah (1/8)
Syed Qutb berkata: Demikianlah kebesaran Ilahi itu menyelubungi suasana hari itu di Padang Mahsyar yang sayup saujana di pandang mata itu diselimuti perasaan takut, cemas, sunyi sepi, rendah diri dan khusyuk, di mana percakapan dengan berbisik-bisik dengan pertanyaan dikemukakan dengan suara yang rendah. Seluruh hati khusyuk dan wajah muram kerana sengsara. Kebesaran dan kemuliaan Allah Yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir menyelimuti jiwa manusia yang ramai itu dengan rasa kebesaran dan kemuliaan yang tenang (pada hari itu) tiada syafaat (yang diterima Allah) melainkan dari orang-orang yang diperkenankan permohonannya.
Pada hari itu ilmu yang meliputi hanya dimiliki Allah, sedangkan ilmu pengetahuan mereka tidak dapat meliputi ilmu Allah (pada hari itu) orang-orang yang zalim akan memikul dosa-dosa kezaliman mereka dan akan menemui kehampaan dan kekecewaan (pada hari itu) orang-orang yang beriman berada dalam keadaan tenang, tenteram. Mereka tidak bimbang, teraniaya dalam hisab amalan dan tidak takut dikurangi amalan-amalan soleh yang telah dikerjakan mereka. Itulah kehebatan dan kebesaran yang menyelubung seluruh suasana di hadapan Allah Yang Maha Penyayang.
Makna Khusyuk Pada Istilah
Al-Baghawi rahimahullah menukilkan beberapa penafsiran ulama tentang khusyuk dalam solat, walaupun penafsiran tersebut berbeza ungkapannya, namun satu sama lain tidak saling bertentangan, bahkan saling melengkapi, kerana sebahagian ahli tafsir menjelaskan makna khusyuk dari sisi lahiriyah dan sebahagian lagi menjelaskan makna khusyuk dari sisi batin.
Al-Baghawi rahimahullah ketika menafsirkan ayat:
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
(Surah al-Mu`minun: 2)
Para Ulama) berselisih dalam menafsirkan makna khusyuk,
Ibn ‘Abbas berkata: tenang dan merendahkan diri
Al-Hasan (Al-Basri) dan Qatadah menafsirkan: (Iaitu) orang-orang yang takut
Muqatil menyatakan: (Iaitu) orang-orang yang rendah hati (tawadhu’)
Mujahid berkata iaitu menundukkan pandangan dan merendahkan suara.”
Saidina Ali RA, iaitu tidak menoleh ke kanan dan tidak pula ke kiri.
Sa’id bin Jubair berkata iaitu (seseorang) tidak mengetahui siapa orang yang di sebelah kanan dan kirinya, ia tidak menoleh, kerana demikian khusyuknya (menghadap kepada) Allah ‘Azza wa Jalla.
‘Amr bin Dinar berkata, iaitu ketenangan dan keindahan keadaan (gerakan).
Adapun Ibn Sirin dan yang lainya menafsirkan, iaitu kamu tidak mengangkat pandanganmu dari tempat sujudmu.
Berkata Atha`, iaitu kamu tidak bermain-main dengan anggota tubuhmu dalam solat…dan adapula yang menyatakan khusyuk dalam solat adalah memfokuskan (memperhatikan urusan solat) dan berpaling dari urusan di luar solat sembari menghayati makna bacaan dan zikir yang diucapkan lisannya.” (Rujuk Tafsir Al-Baghawi: 3/238-239).
Definisi Khusyuk Di Dalam Solat
Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk.
Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).
Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan takut dan juga gerun.
Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), takut, dan juga perasaan hina diri. Lihat Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).
Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:
Khusyuk hati iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
Khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.
Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat. Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.
Sa’id bin Musayyib rahimahullah pernah melihat seseorang yang berbuat perkara sia-sia dalam solatnya, lalu beliau berkata:
“Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”
Lihat Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi (2/285)
Dua Perkara Yang Menghalang Khusyuk
Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya banyaknya was-was kerana banyaknya syubhat dan syahwat, dan keterikatan hati terhadap perkara-perkara yang dicintainya, yang menuntutnya supaya mencarinya, serta perkara-perkara yang dibenci, yang hati terdorong untuk menolaknya.” (Lihat Majmu al-Fatawa: 22/607).
Imam al-Tabari Rahimahullah pula mendatangkan beberapa pendapat tokoh ulama salaf berkenaan pengertian khusyuk di dalam solat. Ianya seperti berikut:
Kata Imam Mujahid dan Imam Ibn Syihab al-Zuhri: Khusyuk dalam solat adalah dengan cara tenang di dalamnya.
Kata Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib RA ketika ditanyakan berkenaan ayat ini: Khusyuk di dalam solat itu bererti: Janganlah kamu berpaling ke sana sini di dalam solat kamu.
Kata Al-Hasan: Mereka khusyuk di dalam jantung hati mereka. Maka mereka pun menundukkan pandangan serta merendahkan sayap mereka. Rujuk Tafsir Al-Tabari, Ibn Jarir al-Tabari (19/8-9).
Berdasarkan pendapat beberapa tokoh ulama di atas, perkara yang dapat kita simpulkan berkenaan definisi khusyuk adalah: Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, perasaan hina di hadapan Allah yang menzahirkan perbuatan anggota badan seperti tenang di dalam solat, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.
Cara Mendapat Khusyuk Di Dalam Solat
Kami bahagikan di sini beberapa bahagian untuk mendapatkan kekhusyukkan di dalam solat, bahagian pertama ialah sebelum mendirikan solat iaitu persediaan untuk solat, kedua ketika hendak hampir solat dan ketiga ketika dalam solat:
Pertama: Persediaan Untuk Solat
Solat tepat pada waktu.
Firman Allah SWT:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa’: 103)
Dan ada hadis pula yang menyatakan bahawa solat di awal waktu itulah yang paling afdhal, ini sebagaimana hadis daripada Ummu Farwah, beliau berkata:
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَىُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ: الصَّلاَةُ فِى أَوَّلِ وَقْتِهَا
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ditanya, amalan apakah yang paling afdhal. Lalu Baginda pun menjawab: “Solat di awal waktunya.”
Riwayat Abu Daud (426)
Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ
Maksudnya: “Jikalau tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali wudhu’.”
Riwayat al-Bukhari (1934)
Daripada Aisyah, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.”
Riwayat Muslim (560)
Imam Muslim Rahimahullah ada menulis satu bab dalam Sahihnya berkenaan dengan hukum makruh solat jika makanan telah tersedia dan seseorang itu berkeinginan untuk makan.
Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil.
لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.”
Riwayat Muslim (560)
Bagi ulama yang berpendapat bahawa khusyuk termasuk dalam kewajiban solat, bererti maksud kata “laa” dalam hadis menunjukkan tidak sah solat dengan menahan kencing. Sedangkan menurut jumhur atau majaoriti ulama bahawa khusyuk adalah sunnah, bukan wajib. Sehingga “laa” yang dimaksud dalam hadis adalah menafikan kesempurnaan solat atau hadis tersebut diertikan “tidak sempurna solat dari orang yang menahan kencing”.
Menurut jumhur ulama, menahan kentut juga hukumnya makruh.
Imam Nawawi berkata: “Menahan kencing dan menahan dari membuang air besar (termasuk kentut) mengakibatkan hati seseorang tidak fokus di dalam solat dan khusyuknya akan terganggu. Menahan qadha hajat seperti itu hukumnya adalah makruh menurut majoriti ulama Syafi’iyah dan juga ulama selainnya. Jika waktu solat masih luas (masih ada waktu yang luas untuk qadha hajat), maka hukumnya adalah makruh. Namun bila waktunya sempit untuk solat, contohnya jika makan atau bersuci boleh keluar dari waktu solat, maka (walau dalam keadaan menahan kencing), tetap kena solat pada waktunya dan tidak boleh ditangguh lagi.”
Imam Nawawi berkata lagi: “Jika seseorang solat dalam keadaan menahan kencing padahal masih ada waktu yang luas untuk melaksanakan solat setelah buang hajat, solat pada ketika itu hukumnya adalah makruh. Namun, solat tersebut tetaplah sah menurut kami -ulama Syafi’i- dan inilah pendapat jumhur atau majoriti ulama.” Lihat Syarh Shahih Muslim, (5/46)
Al-San’ani berkata: “Perlu diingat bahawa hal ini bukan termasuk bab mendahulukan hak hamba mengatasi hak Allah, tetapi itu termasuk masalah menjaga hak Pencipta, agar tidak termasuk dalam ibadah kepada-Nya dengan keadaan hati yang tidak diterima munajatnya.” Lihat kitab Taisir al-Allam Syarh Umdah al-Ahkam (104-107) oleh Abdullah bin Abdurrahman bin Soleh Ali Bassam.
Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Memakai pakaian yang kemas dan selesa akan memudahkan untuk khusyuk di dalam solat. Ini kerana, terdapat sebahagian orang yang solat tidak khusyuk disebabkan memakai pakaian yang ketat, pakaian yang singkat dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).
(Surah al-‘A’raf: 31)
Jangan makan dan minum berlebihan ketika hendak solat.
Firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-‘A’raf: 31)
Solat di tempat yang tiada gangguan.
Berwudhu’ dengan sempurna.
Wudhu’ dengan sumpurna ialah mengikut cara yang diajar oleh Nabi SAW sama ada yang dalam perkara wajib wudhu’ atau pon sunat wudhu’
Tidak membazir air ketika berwudhu’
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu’, lalu Baginda SAW bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?” Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu’ juga ada istilah berlebih-lebihan?” Baginda SAW menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.” (Riwayat Ahmad)
Kedua: Ketika Hendak Hampir Solat
Azan dan iqamah.
Dilakukan secara berjemaah
Menghadirkan hati.
Mengibaratkan sebagai solat yang terakhir atau mengingati mati
Mengingati kematian dapat membantu seseorang untuk mencapai kekhusyukan di dalam solat. Nabi S.A.W bersabda,
اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ
Maksudnya: “Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan mempeelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).”
Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Al-Zuhd
Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat.
Ketiga: Ketika Dalam Solat.
Memahami dan menghayati bacaan dalam solat
Di antara cara yang dapat membantu seseorang untuk khusyuk di dalam solatnya adalah dengan meneliti dan menghayati makna-makna bacaan di dalam solatnya. Hal ini kerana, solat adalah saat berdirinya seorang hamba di hadapan Tuhannya. Justeru segala bacaan ayat di dalam solat perlulah difahami dengan baik kerana al-Quran itu sendiri merupakan kalamullah.
Supaya kita tidak menjadi orang yang seperti di dalam ungkapan ini: "Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”
Justeru itu amatlah digalakkan untuk memahami setiap makna ayat-Quran yang dibacakan di dalam solat kerana ia akan lebih menambah kekhusyukkan di dalam solat.
Memahami fiqh solat dengan sempurna
Merendahkan dan menghinakan diri di hadapan allah swt
Mengagungkan allah swt
Memperbanyakkan sunnah dalam solat sama ada qauli atau fi’li
Membaca doa yang sunnah dalam solat
Menghadirkan hati ketika sujud.
Ini kerana sewaktu sujud merupakan saat paling hampir antara hamba dengan Tuhan-Nya.
Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan
Tidak memikirkan hal keduniaan
Mengurangkan pergerakaan tubuh.
Tidak melihat ke langit.
Lihat pada tempat sujud dan pada tempat yang mendatangkan kekhusyukkan.
Lakukan dengan tama’ninah serta tidak tergopoh-gapah
Di antara cara untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat adalah dengan melakukannya dengan penuh ketenangan. Perbuatan gopoh-gapah di dalam solat dengan cara melakukannya dengan laju, tidak ada thoma’ninah (ketenangan) di dalam rukuk dan sujud adalah dilarang oleh Nabi S.A.W. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْهِ السَّلاَمَ فَقَالَ " ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”
Riwayat Al-Bukhari (793)
Hukum Khusyuk Di Dalam Solat
Para ulama berbeza pendapat dalam isu khusyuk di dalam solat. Adakah ia merupakan di antara perkara wajib di dalam solat atau ia sekadar sunat dan merupakan pelengkap kepada solat. Imam Al-Qurtubi Rahimahullah menyatakan hal ini dengan katanya: Para ulama berbeza pandangan mengenai khusyuk di dalam solat ini kepada dua pendapat:
Pertama: Ia merupakan di antara perkara fardhu (yang wajib) di dalam solat.
Di antara tokoh ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah. Beliau menyebutkan beberapa dalil yang menunjukkan kewajipan khusyuk di dalam solat. Di antaranya adalah firman Allah S.W.T:
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
(Surah Taha: 14)
Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib. Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).
Pandangan ini juga merupakan pendapat yang paling sahih menurut Imam al-Qurthubi. Ini dapat dilihat dari kata-kata beliau: Pendapat yang paling sahih adalah pendapat yang pertama (yang mengatakan khusyuk adalah di antara fardhu solat). Dan tempat bagi kekhusyukan adalah jantung hati. Kata ‘Ubadah bin Al-Shomit R.Anh: Khusyuk adalah ilmu yang terawal diangkat daripada manusia. Rujuk Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (12/97).
Kedua: Khusyuk adalah di antara perkara sunat di dalam solat dan merupakan pelengkap bagi solat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah dan beberapa tokoh selainnya.
Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan: Disunatkan untuk khusyuk di dalam solat serta tunduk, mentadabbur ayat-ayat bacaan serta zikir-zikir di dalamnya, dan berpaling dari memikirikan perkara-perkara yang tiada kaitan dengannya. Sekiranya seseorang itu berfikir tentang perkara selain dari solat serta banyak memikirkannya, solatnya tidak terbatal. Akan tetapi perbuatan itu hukumnya makruh sama ada seseorang itu memikirkan perkara-perkara yang mubah (harus) atau memikirkan perkara-perkara yang haram seperti meminum arak.
Kata Imam Al-Nawawi lagi: Telah dinukilkan ijmak bahawasanya perbuatan berfikir dan monolog dalaman adalah tidak membatalkan solat akan tetapi para ulama sepakat bahawa ianya makruh. Pendapat Imam al-Nawawi ini didasarkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA beliau berkata dan beliau memarfu’kannya kepada Nabi S.A.W:
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا وَسْوَسَتْ أَوْ حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَكَلَّمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengampunkan umatku terhadap apa-apa yang dibisikkan kepada mereka dari perasaan was-was, ataupun monolog-monolog di dalam diri mereka selama mana mereka tidak melakukannya atau berkata-kata.”
Riwayat Al-Bukhari (6664)
Tarjih
Setelah meneliti beberapa pandangan di atas, kami lebih cenderung dengan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat.
Kami kemukakan 2 dalil:
Pertama: Hadis Nabi SAW memulangkan baju kepada Abi Jahm dengan menyatakan bahawa ia melalaikan aku sebentar tadi dalam solatku.
اذْهَبُوا بِهَذِهِ الْخَمِيصَةِ إِلَى أَبِي جَهْمِ بْنِ حُذَيْفَةَ، وَائْتُونِي بِأَنْبِجَانِيِّهِ، فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا فِي صَلَاتِي
Maksudnya: “Pergilah dengan membawa baju ini untuk diberi kepada Abi Jahm bin Huzaifah dan bawalah kepadaku baju yang biasa. Ini kerana baju tersebut melekakanku sebentar tadi pada solatku.”
Kami juga tidak menafikan bahawa pandangan yang mewajibkan untuk khusyuk di dalam solat mempunyai asas yang kukuh. Imam Ibn al-Qayyim pernah mengatakan: Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hati.” Lihat Madaarij Al-Saalikin, Ibn al-Qayyim (1/354).
Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayatilah intipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir daripada kekhusyukan jiwa, kerendahan hati, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa supaya Allah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Allah m
Kisah-kisah Khusyuk Para Sahabat dan Salaf al-Soleh di Dalam Solat
Al-Rabi’ bin Khuthaim[1]
Al-Rabi’ bin Khuthaim adalah seorang tabi’in yang dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah seorang lelaki yang kebiasaannya datang awal ke masjid melihat Al-Rabi’ bin Khuthaim sedang sujud.
Lelaki tersebut berkata: “Al-Rabi’ bin Khuthaim jika beliau dalam keadaan sujud sama seperti pakaian yang terlonggok, hingga datang burung-burung menghinggapi di atas tubuhnya.” (Sifat al-Safwah, 3/ 39).
Amir bin Abdillah[2]
Amir bin Abdillah adalah ulama yang amat dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah suatu ketika beliau solat, kadang-kadang anak perempuannya memalu kompang dan para ibu berbicara semahu mereka di rumah beliau, sedangkan beliau seperti tidak mendengarnya.
Hinggalah kepada suatu masa ada yang bertanya kepada Amir bin Abdillah apakah pernah terlintas di fikiran ketika beliau solat. Maka beliau menjawab: “Ya, iaitu tempatku di hadapan Allah dan tempat kembaliku menuju salah satu dari dua kampung (syurga atau neraka).” (Lihat Ihya Ulumuddin, 1/242)
Amir bin Abdillah pernah satu keitka melaksanakan qiamullail. Tiba-tiba ada seekor ular yang masuk dari bawah baju gamisnya, lalu ular itu keluar dari sakunya, akan tetapi ular tersebut tidak mematuk beliau.
Sehingga ada yang bertanya kepada beliau: “Kenapa engkau tidak memukul ular itu?” Amir Bin Abdillah menjawab: “Aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku hanya takut kepada selain Dia.”
Amir bin Abdillah pernah satu ketika semasa nazak, beliau menangis. Lalu tetamu yang mengziarahinya bertanya: “Adakah yang membuatkanmu menangis adalah kerana sakit sakaratul maut?” Amir bin Abdillah menjawab: “Aku menangis bukan kerana sakitnya mati atau beratnya dunia, namun kerana aku tidak boleh lagi berqiamullai pada musim dingin.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/202).
Abu Abdullah Al Marwazi[3]
Abu Bakar Muhammad bin Ishaq menceritakan: “Aku tidak tahu siapakah yang lebih baik solatnya daripada Abu Abdullah Al Marwazi. Telah sampai kepadaku berita bahawa satru ketika terdapat seekor kumbang penyengat yang menyengat dahinya, hingga darah mengalir pada mukanya, namun beliau tidak bergerak sama sekali (Lihat Sifat al-Safwah 4/130).
Mansur bin Al-Mu’tamir[4]
Mansur bin Al-Mu’tamir mempunyai seorang jiran perempuan, yang memiliki dua orang anak perempuan yang kebiasaanya menaiki pada malam hari ke atas atap rumah pada waktu manusia tidur.
Satu ketika salah seorang anak perempuan jiran tersebut bertanya kepada ibunya: “Wahai ibu, untuk apa tiang yang aku lihat berada di atas atap si fulan itu?”
Maka ibu tersebut menjawab: “Wahai anakku, itu bukanlah tiang, itu adalah Mansur yang sedang solat semalaman suntuk dengan satu rakaat.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/113)
Amru bin Utbah[5]
Amru bin Utbah merupakan seorang tabi’in yang dikenali dengan kekhusyukannya di dalam solat. Satu ketika beliau bersama beberapa sahabatnya dalam sebuah peperangan. Dan pada ketika itu hamba beliau mendapati bahawa Amru bin Utbah tidak ada pada tempatnya, dan dia mencarinya.
Tidak lama kemudian, hamba menemuinya bahawa majikannya sedang melaksanakan solat di gunung sedangkan awan menaunginya. Dan pada satu malam hambanya mendengar suara ngauman singa, sehinggakan orang yang berada di sekitar itu lari, hanya tinggal Amru bin Utbah yang sedang solat.
Setelah peristiwa tersebut, hambanya dan orang lainnya pun bertanya kepada Amru bin Utbah: “Apakah kamu tidak takut kepada singa?” Maka Amru menjawab: “Sesungguhnya aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku takut kepada selain Dia.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/70)
Imam Al-Bukhari[6]
Imam Al-Bukhari pernah menunaikan solat zohor bersama para sahabatnya. Setelah selesai, Imam al-Bukhari menunaikan pula solat sunnah. Setelah selesai menunaikan solat sunnah Imam al-Bukhari mengangkat hujung baju gamisnya dan bertanya kepada para sahabatnya: “Apakah kamu semua melihat ada sesuatu di sebalik baju gamisku ini?”
Maka ternyata disebalik kainnya terdapat seekor lebah, dan jelas kelihatan kesan sengatan di kulit Imam al-Bukhari sebanyak 16 atau 17 sengatan. Sengatan tersebut telah menyebabkan bengkak di badan.
Seorang daripada sahabat Imam al-Bukhari pun bertanya: “Mengapa engkau tidak membatalkan solat sejak sengatan pertama engkau disengat?”
Imam al-Bukhari menjawab: “Aku sedang membaca surah, dan aku menginginkan untuk menyempurnakannya!” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 12/442)
Urwah bin Zubair[7]
Urwah bin Zubair pernah terkena penyakit akilah pada sebahagian anggota tubuhnya di mana penyakit tersebut dapat merebak seluruh tubuh. Akibatnya, tabib menanda anggota tubuh yang terkena akilah tersebut untuk dipotong sehingga anggota tubuh yang lain tidak dijangkiti. Bayangkan pada waktu itu belum ada ubat penahan sakit yang boleh menghilangkan kesakitan ketika bahagian tubuh dipotong. Lalu beliau berkata kepada tabib untuk menanggungkan sehingga beliau menunaikan solat. Tatkala beliau menunaikan solat barulah kakinya dipotong. Dan beliau tidak merasakan apa-apa pada ketika itu. Ini kerana hatinya sedang sibuk bermunajat kepada Allah. Hati jika sudah disibukkan dengan sesuatu, maka tidak akan ada sesuatu deria yang terkena pada badan.
Kisah ini diceritakan oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin dalam Syarh Riyadh al-Solihin (5: 46)
Penutup
Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk menjadikan solat kita khusyuk dan sempurna agar tidak melakukan semata-mata tanpa diberi pahala oleh Allah SWT. Sesungguhya khusyuk adalah rahsia yang agug dalam solat. Justeru, solat tanpa khusyuk sama seperti badan tanpa roh. Dengan kadar kesempurnaan khusyuk, maka sempurnalah pahala. Sebaliknya, siapa yang sentiasa dilalaikan dengan berfikir dalam urusan dunia pada masa solatnya maka sembahyangnya tetap sah dan tidak perlu diulang tetapi kurang dan lemah nilai ibadah solatnya itu. JUsteru, menjadi kewajipan kepada kita berusaha meghasilkan khusyuk dalam solat dan mengambil sebarang faktor dan sebab yang membawa khusyuk. Sentiasa bertaubat dan beristighfar dan mbersungguh-sungguh dalam berdoa. Semoga Allah kurniakan kepada kita hati yang khusyuk dan amalan yang diterima. Benarlah firmah Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا
Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)”
(Surah al-Ankabut: 69)
Semoga solat kita diperkemaskan supaya menjadi solat yang berkualiti. Amin ya Rabb al-'Alamin.
______________________________________________
[1] Nama sebenarnya Abu Yazid al-Rabi bin Khuthaim bin Abdullah bin Mauhibah bin Muqid yang hidup pada zaman Nabi SAW tetapi tidak sempat bertemu dengannya. Justeru, beliau dikenali sebagai tabi’en. Beliau adalah antara murid kanan Abdullah bin Mas’ud selepas sahabat tersebut berpindah ke Kufah. Meninggal dunia sekitar tahun 65 Hijrah di Kufah. Beliau dikatakan orang yang paling wara’ dalam kalangan murid Abdullah bin Mas’ud.
[2] Nama sebenarnya Amir bin Abdillah al-Tamimi yang menetap di kota Baitul Maqdis. Kata Ahmad al-‘Ijli, “Beliau adalah seorang yang thiqah dalam kalangan tabi’en yang paling kanan. Terkenal dengan kuat ibadah. Meninggal dunia pada zaman Mu’awiyah dan dikebumikan di Baitul Maqdis.
[3] Nama sebenarnya Muhammad bin Nasr bin Hajjaj al-Marwazi. Dikunyah dengan Abu Abdillah al-Marwazi. Berasal dari Marw dan beliau merupakan amir di Khurasan. Lahir pada tahun 202 Hijrah dan meninggal pada tahun 294 Hijrah. Beliau adalah seorang ulama’ bermazhab Syafie.
[4] Beliau adalah Abu Ittab Mansur bin al-Mu’tamir al-Sulami, seorang tabi’en yang berasal daripada Kufah. Beliau terkenal dengan kekuatan ibadah dan berpuasa sunat selama 40 tahun. Meninggal dunia pada tahun 132 Hijrah.
[5] Amru bin Utbah bin Farqad al-Sulami. Bapa saudaranya adalah Abdullah bin Rabi’ah al-Sulami. Dikatakan ayahnya Utbah bin Khattab termasuk dalam sahabat Nabi. Amru terkenal dengan golongan yang bersungguh dalam ibadah.
[6] Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari. adalah ahli hadis yang termasyhur di antara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah. Sebahagian menyebutnya dengan julukan Amir al-Mukminin fi al-Hadis.
[7] Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam lahir pada tahun 23 Hijrah di kota suci Madinah al-Munawwarah. Beliau daripada keturunan sahabat dan keturunan yang mulia. Seorang yang alim termasuk muhaddith dan salah seorang yang digelar 7 ahli feqah Madinah. Meninggal dunia pada tahun 94 Hijrah juga di kota Madinah.
Rujukan:Mufti Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment