Ilmu Dan Akhlak - wanalovemekahmadinah

Monday, January 9, 2017

Ilmu Dan Akhlak

Ilmu Dan Akhlak Ilmu Dan Akhlak 


Ini adalah beberapa perkara yang dapat saya fikirkan buat masa ini seiring umur dan pembelajaran saya menelurusi kefahaman dalam beragama.

Pentingnya ilmu,pentingnya kefahaman,kedua itu menghasilkan amalan yang lebih baik,teratur,dan kemas.Namun,akhlak adalah perkara yang selalu dilupakan.

Berakhlak dengan berilmu itu saling menguat.Akhlak adalah sifat yang mampu memelihara kesemua atur urusan hidup bergantung kepada akhlaknya.Jika akhlaknya baik,maka inn syaAllah,baiklah pengaulan hidup dan tutur katanya.

Dalam bab akhlak,sungguh luas penerangan jika mahu di perincikan secara mendalam.Misalnya akhlakul karimah (akhlak terpuji) dan akhlakul mazmumah (akhlak yang tercela).

Akhlak sinomin dengan sikap.Sikap terpuji atau sikap tercela.Akhlak mampu mengendalikan ilmu,cara menjalani kehidupan,juga cara memelihara ilmu dari sifat-sifat yang tercela.


Akhlakul Karimah


Jika dia berilmu,memiliki akhlak yang terpuji,dia mampu mengendalikan keilmuanya.Ertinya,tidak merasa besar diri,tidak merasa begitu berbangga,tidak merasa atau terlintas menggunakan laluan ilmunya untuk menyakiti orang lain.Ini sebahagian sikap yang baik.


Akhlakuk Mazmumah


Sikap tercela.Adapun dia berilmu,akan digunakan laluan ilmu itu untuk menyakiti,saling benci membenci,saling tunduk menundukan,sedangkan mereka sama-sama didalam ilmu,maka akhlak itu yang memberikan sempadan antara sikap terpuji dan sikap tercela menggunakan ilmu.

Ilmu ini laluan untuk meraih kefahaman dalam beragama,akan tetapi digunakan untuk laluan yang tercela.


Mempelajari Akhlak Dan Adab

Imam Malik rahimahullah pernah berkata pada seorang pemuda Quraisy,
تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم
“Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”
Kenapa sampai para ulama mendahulukan mempelajari adab? Sebagaimana Yusuf bin Al Husain berkata,
بالأدب تفهم العلم
“Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu.[1]



ABDURAHMAN bin Qasim, seorang pelayan Imam Malik bin Anas, menuturkan kesaksiannya selama menjadi pelayan beliau. Kata Abdurrahman, “Tidak kurang dua puluh tahun aku menjadi pelayan Imam Malik. Selama 20 tahun tersebut, aku perhatikan beliau menghabiskan 2 tahun untuk mempelajari ilmu dan 18 tahun untuk mempelajari akhlak.


Imam malik dan para ulama yang baik lainnya, selalu menjaga kualitas akhlaknya. Akhlak kepada Allah, Rasul, dan sesamanya. Ketinggian derajat, pencapaian ilmu yang mendalam, dan kebesaran wibawa, tidak membuat mereka merasa lebih mulia dan lebih baik baik dari orang lain[2]

akhlak yang baik adalah ukuran keimanan. Rasulullah SAW bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; yang lemah lembut tidak pernah menyakiti orang. Seorang manusia tidak akan mencapai hakikat iman sebelum dia mencintai orang lain seperti ia mencintai dirinya sendiri dan sebelum tetangganya aman dari gangguannya.”

Ibnul Mubarok berkata,
تعلمنا الأدب ثلاثين عاماً، وتعلمنا العلم عشرين
“Kami mempelajari masalah adab itu selama 30 tahun sedangkan kami mempelajari ilmu selama 20 tahun.”

Ibnu Sirin berkata,
كانوا يتعلمون الهديَ كما يتعلمون العلم
“Mereka -para ulama- dahulu mempelajari petunjuk (adab) sebagaimana mereka menguasai suatu ilmu.”

Makhlad bin Al Husain berkata pada Ibnul Mubarok,
نحن إلى كثير من الأدب أحوج منا إلى كثير من حديث
“Kami lebih perlu dalam mempelajari adab daripada banyak menguasai hadits.” Kata Syaikh Sholeh Al Ushoimi, “Ini yang terjadi di zaman beliau, tentu di zaman kita ini adab dan akhlak seharusnya lebih serius dipelajari.”

Dalam Siyar A’lamin Nubala’ karya Adz Dzahabi disebutkan bahawa ‘Abdullah bin Wahab berkata,
ما نقلنا من أدب مالك أكثر مما تعلمنا من علمه
“Yang kami nukil dari (Imam) Malik lebih banyak dalam hal adab dibanding ilmunya.” –


Imam Malik rahimahullah sememangnya tegas dalam kuliahnya.Sebenarnya beliau mengajarkan tentang adab dan akhlak secara hikmah yang seseorang datang untuk tujuan ilmu,akan tetapi dipakaikan dengan akhlak.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam supaya dianugerahi akhlak yang mulia,
اللَّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّى سَيِّئَهَا لاَ يَصْرِفُ عَنِّى سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ
“Allahummahdinii li ahsanil akhlaaqi laa yahdi li-ahsanihaa illa anta, washrif ‘anni sayyi-ahaa, laa yashrif ‘anni sayyi-ahaa illa anta [artinya: Ya Allah, tunjukilah padaku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukinya kecuali Engkau. Dan palingkanlah kejelekan akhlak dariku, tidak ada yang memalinggkannya kecuali Engkau].” (HR. Muslim no. 771, dari ‘Ali bin Abi Tholib)


Rasulullah s.a.w secara mendalam jika dilihat pada sirah baginda s.a.w,Allah menjadikan Rasululullah s.a.w sebelum menjadi rasul terlebih dahulu disiapkan dengan akhlak baginda yang terpuji.Sikap amanah,sikap jujur,dan menyenangkan hati.Lalu Allah memberikan pangkat Rasul kepada baginda s.a.w sehingga apabila telah ada akhlak yang tersemat didalam hati,lalu ditambahi pula dengan ilmu,akhlak itu mengendalikan ilmu dengan sempurna.

Riwayat dari ummul mukminin Aisyah r.anha,beliau pernah ditanya oleh para sahabat Rasulullah s.a.w bagaimanakah akhlak baginda? lalu dijawab:

كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
 “Akhlak beliau adalah Al-Quran” [HR. Muslim no. 746, Abu Dawud no. 1342 dan Ahmad 6/54]

Jalan-jalan ilmu itu memiliki beberapa peringkat yang menjadikan tingkah laku orang yang berilmu kearah mana,

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,


“Salah satu tanda kebahagiaan dan kesuksesan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah juga tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya.” [Al-Fawa’id hal 171, Maktabah Ast-Tsaqofiy]

Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ” 

“Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” [H.R. Al-Hakim dan dinilai sahih oleh beliau, adz-Dzahabi dan al-Albani].

Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا 
“Mudahkan dan jangan mempersulit, berikan kabar gembira dan jangan membuat manusia lari” [HR. Bukhari, Kitabul ‘Ilmi no.69]

Allahualam


Rujukan:
[1]https://rumaysho.com/7199-banyak-ilmu-namun-lupa-belajar-adab-dan-akhlak.html
[2]http://www.hidayatullah.com/kajian/gaya-hidup-muslim/read/2011/06/11/50672/letakkan-akhlak-di-atas-ilmu.html

No comments:

Post a Comment