Amalan Zikir Menenangkan Hati Dan Jiwa - wanalovemekahmadinah

Sunday, July 30, 2017

Amalan Zikir Menenangkan Hati Dan Jiwa

Amalan Menenangkan Hati Dan Jiwa

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'd 13:28)

Rasulullah SAW bersabda:
“Doa saudaraku Yunus as., amatlah menakjubkan. Awalnya tahlil, tengahnya tasbih dan akhirnya pengakuan dosa, iaitu:

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazhzhaalimiin.

“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Tidak seorang pun yang diderita kesusahan dan kesedihan, ditimpa bencana dan kemalangan, serta orang-orang yang memiliki hutang, yang berdoa dengannya sebanyak tiga kali dalam sehari kecuali akan dikabulkan oleh Allah SWT. (HR Ad-Dailami dari Abdurrahman bin Auf r.a.)

No comments:

Post a Comment