#Ngaji #HaditsArbain 17
عنْ أَبِي يَعْلَى شَدَّاد ابْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
إِنَّ اللهَ كَتَبَ اْلإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ
وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيْحَتَهُ .
[رواه مسلم]
Hadits dari Abi Yala Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus radhiyallahu’anhu, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) terhadap segala sesuatu. Kerana itu, jika kalian membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik, jika kalian menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaknya salah seorang dari kalian menajamkan goloknya dan melegakan sembelihannya.[Hadits riwayat Muslim].
Walaupun jika mamhu membunuh,menyembelih haiwan ternak,hendaklah tidak dilakukan secara kasar,secara menakut-nakutkan haiwan,dengan cara yang tidak sepatutnya walaupun haiwan tersebut akan mati sekalipun,tapi biarlah dengan cara yang lemah lembut.
Hadits ini tidak terhad kepada manusia sahaja,sebaliknya haiwan dan makhluk lain berhak untuk mendapatkan sikap lemah lembut tersebut.
Dan hendaklah memilih cara yang paling mudah dan mengikut hukum syarak dalam proses menyembelih.Ertinya,jika mahu menyembelih,gunakan peralatan seperti pisau.Dan pisau itu hendaklah ditajamkan (pisau lama ditajamkan).
Rujukan:
Kitab hadits ar-Bain syarat Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin hlm 64-65
#Nur
No comments:
Post a Comment