Hadits Arba'in 30 | Suruhan Dan Larangan Allah - wanalovemekahmadinah

Friday, August 11, 2017

Hadits Arba'in 30 | Suruhan Dan Larangan Allah


بيروت، لبنان

Daripada Abi Tsa’labah al-Khusyani Jurtsumi bin Nasyirin r.a meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meinggalkannya. Dan telah menentukan beberapa hudud (batas), maka janganlah engkau melampauinya. Dan telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah melanggarinya. Dan Dia telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya.”[Riwayat al-Baihaqi no.20217 dalam al-Sunan al-Kubra dan Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya (9/17)]

"Sesungguhnya ALlah subahanahu wa ta'ala telah menetapkan kepadamu beberapa kefardhuan maka janganlah kamu melalaikannya dan menetapkan untukmu beberapa batasan maka janganlah kamu melampauinya dan mengharamkan atas kamu beberapa perkara , maka janganlah kamu melanggarnya dan juga telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untukmu, bukan kerana lupa. Maka janganlah kamu membicarakannya."

Al Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam al Fath : Riwayat ini dikeluarkan oleh Daraquthi dari hadith Abi Tsa'labah dan dia memarfu'kannya kemudian dia berkata : Riwayat ini asalnya ada dalam al Bukhari.



Dalam riwayat lain juga,

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِي جُرْثُوْمِ بْنِ نَاشِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوْهَا، وَحَدَّ حُدُوْداً فَلاَ تَعْتَدُوْهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوْهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنْهَا.
[حديث حسن رواه الدارقطني وغيره].

Dari Abu Tsa’labah Al Khusyani, jurtsum bin Nasyir radhiallahu ‘anhu, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau telah bersabda : “ Sesungguhnya Allah ta’ala telah mewajibkan beberapa perkara, maka janganlah kamu meninggalkannya dan telah menetapkan beberapa batas, maka janganlah kamu melampauinya dan telah mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarnya dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat bagimu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu membicarakannya”.(HR. Daraquthni, Hadits hasan) [Daruquthni dalam Sunannya no. 4/184]   
* Namun sebagian ulama menganggap hadits ini dikatagorikan sebagai hadits dho’if/lemah. Lihat Qowa’id wa Fawa’id Minal Arbain An Nawawiah, karangan Nazim Muhammad Sulthan, hal. 262. Lihat pula Misykatul Mashabih, takhrij Syekh Al Albani, hadits no. 197, juz 1. Lihat pula Jami’ Al Ulum wal Hikam,oleh Ibnu Rajab).

Huraian Hadits:

Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi hukum Allah SWT sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja. Hukum yang dihadkan Allah janganlah dilampaui daripada ketentuan-Nya.

Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.

Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia.Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan kepada Nabimu hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkanmu.”           (Surah al-Baqarah 2:101)

Rujukan:
[1]http://akinoa89.blogspot.my/2011/08/hadis-40-imam-nawawi-hadis-30-suruhan.html
[2]http://submiis.blogspot.my/2013/12/hadits-arbain-ke-30-laksanakan-perintah.html

No comments:

Post a Comment