Jibril Melihat Syurga Dan Neraka - wanalovemekahmadinah

Monday, September 18, 2017

Jibril Melihat Syurga Dan Neraka

Jibril Melihat Syurga Dan Neraka
Sesungguhnya,Malaikat Jibril a.s ada melihat isi-isi syurga dan neraka.Tujuan Allah s.w.t perintahkan bahawa Jibril a.s melihat syurga dan neraka ada hikmahnya.Didalam beberapa riwayat menerusi hadits,menukilkan hikmah-hikmah tersebut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ 

Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


حُجِبَتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ ، 
Neraka ditutupi dengan perkara-perkara yang menggoda jiwa,



وَحُجِبَتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ

Syurga pula ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ar-Raqaiq, hadis no: 6487]

Dalam riwayat At-Tirmizi pula,Allah telah menciptakan syurga dan neraka,lalu ia memerintahkan agar malaikat-Nya pergi melihat apa yang terdapat didalam keduanya yakni apa yang disediakan untuk hamba-Nya kelak didalam syurga dan neraka:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : 

Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


" لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ أَرْسَلَ جِبْرِيلَ إِلَى الْجَنَّةِ ، فَقَالَ : 

Apabila Allah telah menciptakan syurga dan neraka, Dia menghantar Jibril ke syurga, lalu Allah berfirman (kepada Jibril):


انْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ، 

Engkau lihatlah (syurga itu) dan apa yang telah aku sediakan untuk penghuninya.


قَالَ : فَجَاءَهَا وَنَظَرَ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعَدَّ اللَّهُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ، 

Lalu Jibril pun pergi ke syurga. Dia melihat syurga itu dan apa yang telah Allah sediakan untuk penghuninya.


قَالَ : فَرَجَعَ إِلَيْهِ قَالَ : فَوَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا ، 

Lalu Jibril pun pulang kepada Nya dan berkata: Demi kemuliaan Mu. Tiada seorang pun yang mendengar (tentang syurga) kecuali dia pasti akan memasukinya.


Syurga Ditutupi Dengan Perkara Tidak Disukai



فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ ، 

Lalu Allah menyuruh agar syurga ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.


فَقَالَ : ارْجِعْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ، 

Kemudian Allah berkata (kepada Jibril): Kembalilah ke syurga, dan lihat apa yang telah sediakan untuk penghuninya.


قَالَ : فَرَجَعَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ ، 

Jibril kembali ke syurga, dan ketika itu syurga telah ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.


فَرَجَعَ إِلَيْهِ فَقَالَ : وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خِفْتُ أَنْ لَا يَدْخُلَهَا أَحَدٌ ، 

Lalu Jibril kembali kepada Allah dan berkata: Demi kemuliaan Mu. Engkau telah mengaburi syurga sehingga tiada seorang pun dapat memasukinya.


Neraka Dikaburi Dengan Perkara Disukai


Allah s.w.t menjadikan neraka itu tempat kediaman yang sangat terseksa dengan berbagai jenis azab meliputis isinya.Sementara neraka itu dilingkari diluarnya dengan berbagai perkara amat menarik hati hingga membuat seseorang mulai leka dan asyik.

قَالَ : اذْهَبْ إِلَى النَّارِ ، فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ، 

Allah berkata (kepada Jibril): Pergilah ke neraka. Lihatlah keadaannya dan apa yang telah Aku sediakan untuk penghuninya.


فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا ، فَرَجَعَ إِلَيْهِ ، 

Neraka ketika itu dalam keadaan tindih menindih di atas satu sama lain, kemudian Jibril pulang kepada Allah.


فَقَالَ : وَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ فَيَدْخُلَهَا ، 

Jibril pun berkata: Demi kemuliaan Mu. Tiada seorang pun yang mendengar tentangnya mahu memasukinya.


فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ ، فَقَالَ : ارْجِعْ إِلَيْهَا ، 

Lalu Allah menyuruh neraka ditutupi dengan perkara-perkara yang disukai. Allah pun berkata kepada Jibril: Pulanglah ke neraka.


فَرَجَعَ إِلَيْهَا فَقَالَ : وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا " 

Jibril pun pulang ke neraka lalu dia berkata: Demi kemuliaan Mu. Aku takut tiada seorang terselamat daripada memasukinya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab Sifat al-Jannah, hadis no: 2758, hasan sahih]


Perkara-Perkara Yang Tidak Disukai


Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menghuraikan dalam Fathul Bari:


فإن المراد بالمكاره هنا ما أمر المكلف بمجاهدة نفسه فيه فعلا وتركا كالإتيان بالعبادات على وجهها والمحافظة عليها 

Yang dimaksudkan dengan 'perkara-perkara yang tidak disukai' dalam hadits ini ialah apa-apa sahaja urusan yang menuntut seseorang untuk melawan nafsunya demi melaksanakan hal tersebut atau meninggalkan sesuatu hal yang lain. Seperti melakukan ibadah dengan ikhlas, dan memeliharan ibadah tersebut.


واجتناب المنهيات قولا وفعلا.

Termasuk jua meninggalkan perkara-perkara yang dilarang daripada segi perkataan mahupun perbuatan.


وأطلق عليها المكاره لمشقتها على العامل وصعوبتها عليه ومن جملتها الصبر على المصيبة والتسليم لأمر الله فيها

Ia dinamakan 'perkara-perkara yang tidak disukai' kerana kesukaran dan kepayahan untuk melaksanakannya. Keindahan yang ada pada hal ini ialah kesabaran apabila datangnya musibah, dan penyerahan diri kepada segala perintah Allah.


والمراد بالشهوات ما يستلذ من أمور الدنيا مما منع الشرع من تعاطيه إما بالأصالة وإما لكون فعله يستلزم ترك شيء من المأمورات 

Yang dimaksudkan dengan 'perkara-perkara yang menggoda jiwa' ialah apa-apa yang seronok daripada urusan dunia, sama ada ia daripada perkara yang memang asalnya adalah dilarang daripada dilakukan, atau pun sesuatu perkara (yang asalnya harus) tetapi menyebabkan pelakunya meninggalkan melakukan sesuatu yang disuruh.


ويلتحق بذلك الشبهات والإكثار مما أبيح خشية أن يوقع في المحرم 

Termasuk di dalamnya juga ialah melakukan perkara-perkara syubhat dan berlebih-lebihan melakukan perkara yang harus sehingga terjerumus ke dalam perkara yang haram.

No comments:

Post a Comment