Hukum Bakar Dengan Api - wanalovemekahmadinah

Friday, September 15, 2017

Hukum Bakar Dengan Api

Hukum membakar dengan api terhadap sesuatu yang bernyawa ketika didunia sebagai bentuk hukum baik sebagai Qisas adalah dilarang.Larang menjadikan api sebagai bentuk hukuman berlaku kepada semua makhluk termasuk larangan membakar semut,burung-burung apatah lagi larangan membakar manusia walaupun sebagai bentuk qisas atau hukum balas.

Hukum Bakar Dengan ApiDalam memahami keadaan asbab larangan menjadikan api sebagai bentuk hukuman,tentulah harus diteliti apakah ada keterangan dan nas yang menerangkan disebalik riwayat itu sama ada bersifat khusus atau umum.Misalnya dilarang berhukum dengan api kecuali api dengan api.Ertinya jika ia membakar harus dibalas bakar.Akan tetapi jika bersifat umum,maka larangan itu merangkumi seseorang yang membakar tidak dikenakan hukum bakar,sekalipun didalam qisas,harus dibalas setimpal dengan kesalahan,namun didalam hadits ini,perintah tersebut ada laranganya,maka harus diteliti untuk mendapatkan kefahaman apakah yang mahu dimaksudkan Rasulullah s.a.w mengenai larangan berhukum dengan api.Maka setelah mengetahui dan memahaminya,akan dapatlah memberikan kefahaman apa yang disampaikan dan hikmah mengapa perintah itu dinyatakan.

Larangan menjadikan api sebagai bentuk hukuman telah diriwayatkan didalam beberapa riwayat hadits seperti dibawah:

PENJELASAN HADITS “TIDAK MENYEKSA DENGAN API KECUALI PENCIPTA API”

Penjelasan Hadits
( ﻻ ﻳﻌﺬﺏ ﺑﺎﻟﻨﺎﺭ ﺇﻻ ﺭﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ )

“Tidak Menyeksa Dengan Api Kecuali Pencipta Api”
Diringkas Dari Tulisan Muhammad Al Mulla Al Jufairiy Dengan Tambahan Penjelasan.
Oleh: Abu Sulaiman Al Arkhabiliy.

Sesungguhnya membunuh dengan api itu boleh terjadi pada: Orang yang membunuh orang lain dengan api dan Orang yang membunuh orang lain bukan dengan api.
Adapun orang yang membunuh orang lain dengan selain api, maka dia itu dibunuh tapi dengan selain api, berdasarkan hadits:

( ﺇﻧﻪ ﻻ ﻳﻨﺒﻐﻲ ﺃﻥ ﻳﻌﺬﺏ ﺑﺎﻟﻨﺎﺭ ﺇﻻﺭﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ‏)

“Sesungguhnya tidak sepantasnya menyeksa dengan api kecuali Pencipta api.” (Abu Dawud: 2672)

Dan ini dikuatkan oleh ketegasan hadits Abu Hurairah:


َبعثنا ﺭﺳﻮﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﷺ ﻓﻲ ﺑﻌﺚٍ ﻓﻘﺎﻝ: ‏(ﺇﻥ ﻭﺟﺪﺗُﻢ ﻓﻼﻧًﺎ ﻭﻓﻼﻧًﺎ ﻓﺄَﺣْﺮِﻗُﻮﻫﻤﺎ ﺑﺎﻟﻨﺎﺭِ ‏). ﺛﻢ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﷺ ﺣﻴﻦ ﺃﺭﺩﻧﺎ ﺍﻟﺨﺮﻭﺝ: ‏(ﺇﻧﻲ ﺃﻣﺮﺗُﻜﻢ ﺃﻥ ﺗُﺤﺮِّﻗﻮﺍ ﻓﻼﻧًﺎ ﻭﻓﻼﻧًﺎ، ﻭﺇﻥ ﺍﻟﻨﺎﺭَ ﻻ ﻳﻌﺬﺏُ ﺑﻬﺎ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪُ ﻓﺈﻥ ﻭﺟﺪﺗُﻤﻮﻫﻤﺎ ﻓﺎﻗﺘُﻠُﻮﻫﻤﺎ ‏). ‏( ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ٣٠١٦ ‏)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus kami dalam suatu misi, kemudian beliau berkata: (Bila kalian mendapatkan si fulan dan si fulan maka bakarlah keduanya dengan api), kemudian saat kami hendak berangkat beliau berkata: (Sesungguhnya aku telah memerintahkan kalian untuk membakar si fulan dan si fulan, dan sesungguhnya api itu tidak menyeksa dengannya kecuali Allah, maka bila kalian mendapatkan kedua orang itu maka bunuhlah mereka itu). (Al Bukhariy 3016).

Kedua orang di dalam hadits itu adalah Habar ibnu Al Aswad dan Nafi’ Ibnu Abdi Qais, keduanya tidak membakar sehingga pantas untuk dibakar lagi, tapi keduanya itu menusuk unta tunggangan Zainab puteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di saat ia sedang menungganginya, sehingga ia jatuh dan keguguran kandungannya kemudian sakit disebabkan hal itu. (Lihat Fathul Bariy 6/15).

Masalah ini sebenarnya sangat jelas, akan tetapi tetap tergolong permasalahan yang diperselisihkan sejak dahulu, bahkan di antara para sahabat yang mulia radliyallahu ‘anhu juga. Sebagaimana yang dilakukan Ali Ibnu Abi Thalib radliyallahu ‘anhu terhadap kaum zanadiqah yang murtad dari Islam, kemudian pembakaran mereka itu sampai ke telinga Ibnu ‘Abbas radliyallahu ‘anhuma, maka ia berkata: (Seandainya aku, tentu aku tidak akan membakar mereka, kerana larangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:


( ﻻ ﺗُﻌﺬِّﺑﻮﺍ ﺑﻌﺬﺍﺏِ ﺍﻟﻠﻪِ ‏)

“Jangan kalian menyeksa dengan seksaan Allah.”
Dan tentu aku membunuh mereka saja berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:


( ﻣﻦ ﺑﺪَّﻝَ ﺩﻳﻨَﻪُ ﻓﺎﻗﺘُﻠﻮﻩُ ‏)‏( ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ٦٩٢٢ ‏).

“Siapa yang mengganti agamanya, maka bunuhlah dia itu.”(Al Bukhariy 6922).
Dan boleh dikecualikan dari larangan itu hukuman orang yang homo (sodomi), dikeranakan para sahabat di zaman Abu Bakar radliyallahu ‘anhu telah bersepakat (ijma’) untuk membakarnya.

Ibnu Al Qayyim rahimahullah berkata: (Dan para ulama madzhab kami berkata: Bila imam memandang untuk membakar orang homo (golongan perlakuan seks sejenis seperti lelakuidengan lelaki,ia di gelar homoseksual) dengan api maka hal itu boleh saja, kerana Khalid Ibnu Al Walid telah mengirim surat kepada Abu Bakar radliyallahu ‘anhu bahawa ia mendapatkan di daerah pinggiran bangsa arab seorang pemuda yang melakukan sodomi, maka ia meminta pendapat para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang di tengah mereka itu ada Amirul Mu’minin Ali radhiyallahu anhu, dan ia tergolong orang yang paling keras pendapatnya, di mana ia berkata: Sesungguhnya ini adalah dosa yang tidak pernah ada umat yang bermaksiat kepada Allah dengannya kecuali satu umat saja, maka Allah memperlakukan mereka dengan perlakuan yang telah kalian ketahui (iaitu firman Allah Ta’ala “Dan kami hujankan kepadanya bebatuan yang panas” iaitu tanah liat yang membatu dengan sebab dibakar api), aku memandang agar kalian membakarnya dengan api, maka para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersepakat untuk membakarnya dengan api, kemudian Abu Bakar Ash Shiddiq radliyallahu ‘anhu menulis surat kepada Khalid ibnu Al Walid radliyallahu ‘anhu seraya memerintahkannya agar membakar orang-orang itu dengan api, maka ia-pun membakar mereka, kemudian Ibnu Az Zubair juga membakar orang-orang semacam itu, kemudian juga Hisyam ibnu Abdil Malik pun membakar mereka). (I’lamul Muwaqqi’iin 2/605).


Hukum Api Dengan Api


Dan adapun orang membunuh dengan api, maka dia itu boleh dibunuh lagi dengan api sebagai balasan setimpal, kerana darah dan daging dia itu tidak lebih berharga dari darah dan daging korban yang dia bakar, dan ini adalah pendapat jumhur fuqaha. Dan juga kerana di antara salah satu tujuan qishash itu adalah keadilan dengan memuaskan dendam yang terpendam di dalam dada keluarga korban, sehingga ini menuntut untuk adanya kesamaan cara pembunuhan.

Dan pendapat ini adalah yang dianut oleh majoriti fuqaha, di antaranya:
– Al Imam Asy Syafi’iy, di mana beliau berkata:


( ﺇﻥ ﻃﺮﺣﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻋﻤﺪﺍ، ﻃﺮﺡ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﺣﺘﻰ ﻳﻤﻮﺕ ‏)

“Bila dia melemparkannya ke dalam api secara sengaja, maka diapun dilemparkan ke dalam api sampai mati.”
– Dan hal serupa dinukil dari Al Imam Malik (lihat Al Jami’ 3/2534).
– Dan Al Khaththab menisbatkannya kepada Al Imam Ahmad,
– Dan Ishaq ibnu Rahuwaih.
– Dan berkata: Makna itu telah diriwayatkan dari Asy Sya’biy.
– Dan Umar Ibnu Abdul Aziz (Ma’alim As Sunan 3/253).
Allah Ta’ala berfirman:


ﻓﻤﻦ ﺍﻋﺘﺪﻯ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺎﻋﺘﺪﻭﺍ ﻋﻠﻴﻪ ﺑﻤﺜﻞ ﻣﺎ ﺍﻋﺘﺪﻯ ﻋﻠﻴﻜﻢ  ‏(ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ: ١٩٤ ‏)

“Oleh sebab itu barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu” (Al Baqarah: 194).
Dan berfirman:


ﻭﺟﺰﺍﺀ ﺳﻴﺌﺔ ﺳﻴﺌﺔ ﻣﺜﻠﻬﺎ

“dan balasan keburukan adalah keburukan yang semisalnya” (Asy Syura: 40).
Di mana Allah Ta’ala tidak mengecualikan pembakaran dan yang lainnya dari kesepadanan (qisas) itu. Al Qurthubiy berkata:


( ﻻ ﺧﻼﻑ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﺃﻥ ﻫﺬﻩ ﺍﻵﻳﺔ ‏[ﺁﻳﺔ ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ‏] ﺃﺻﻞ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﻤﺎﺛﻠﺔ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﺼﺎﺹ، ﻓﻤﻦ ﻗﺘﻞ ﺑﺸﻲﺀ ﻗﺘﻞ ﺑﻤﺜﻞ ﻣﺎ ﻗﺘﻞ ﺑﻪ، ﻭﻫﻮ ﻗﻮﻝ ﺍﻟﺠﻤﻬﻮﺭ ، ﻣﺎ ﻟﻢ ﻳﻘﺘﻠﻪ ﺑﻔﺴﻖ … ‏)

(Tidak ada perselisihan di antara ulama bahawa ayat ini (iaitu ayat Al Baqarah) adalah dasar hukum mumatsalah (pembalasan setimpal) di dalam qisah, di mana barangsiapa membunuh dengan sesuatu (cara) maka dia dibunuh lagi dengan hal yang semisal yang dengannya dia membunuh, dan ini adalah pendapat jumhur (ulama), selagi dia tidak membunuhnya dengan kefasiqan…)

Kemudian Al Qurthubiy menuturkan perbezaan fuqaha perihal orang yang membunuh dengan cara disodomi dan dengan diminumin khamr dan dengan api serta dengan racun. (Lihat Al Jami Li Ahkam Al Qur’an 3/252).

Dan ayat-ayat ini tetap di atas keumumannya, dan hadits yang menjadi judul makalah ini tidak boleh mengkhususkannya. Al Qurthubiy berkata:


( ﻗﻮﻟﻪ : ﻻ ﻳﻌﺬﺏ ﺑﺎﻟﻨﺎﺭ ﺇﻻ ﺭﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ، ﺻﺤﻴﺢ ﺇﺫﺍ ﻟﻢ ﻳﺤﺮﻕ، ﻓﺈﻥ ﺣَﺮَﻕ ﺣُﺮِﻕ، ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﻋﻤﻮﻡ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ‏)

(Sabdanya “Tidak Menyeksa Dengan Api Kecuali Pencipta Api” adalah benar bila dia tidak membakar, namun bila dia itu membakar maka dia dibakar lagi, sebagaimana yang ditunjukkan oleh keumuman Al Qur’an). (Al Jami’ 3/253).

Sehingga dengan ini nampaklah kelemahan pendapat yang melarang penqisasan dengan cara dibakar api terhadap orang yang telah membunuh orang dengan dibakar, dan ia itu adalah pendapat Ibnu Al Majisyun sebagaimana yang sandarkan oleh Al Qurthubiy, dan Al Khaththabiy menyandarkannya kepada Sufyan Ast Tsauriy dan Abu Hanifah, ia berkata: Dan telah diriwayatkan dari ‘Atha. Kerana selain ia itu tidak memiliki dalil, ia juga bertentangan dengan dalil-dalil Al Qur’an yang umum dan dalil-dalil tindakan para sahabat yang khusus.

Konsept Keadilan Islam

Ini adalah akibat qisas,iaitu mesti sama, siapa yang membunuh dengan dipenggal, maka dipenggal juga, dan siapa yang membunuh dengan membakar, maka dibakar juga. Inilah Islam dan inilah keadilan Islam.

Al Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Anas Ibnu Malik radliyallahu ‘anhu: Bahawa seorang yahudi telah membunuh seorang gadis muslimah dengan cara kepalanya digerus di antara dua batu, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membunuh orang yahudi itu dengan cara kepalanya digerus di antara dua batu juga.”(Al Bukhariy 2413 dan Muslim 1672).

Dan di dalam hadits Al Bukhariy juga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan para sahabat untuk menangkap sekelompok orang dari suku ‘Ukl dan ‘Uarinah, beliau perintahkan agar tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong, dan mata-mata mereka ditusuk dengan besi panas dan terus mereka dilemparkan ke padang pasir Harrah yang panas sampai mati kehausan. Beliau lakukan itu kerana orang-orang itu telah murtad dan memotong kaki dan tangan penggembala beliau dan manusuki matanya dengan duri, maka beliau-pun membunuh mereka dengan cara qisas yang setimpal. Inilah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang rahmatan lil ‘aalamiin.


Hukum Dengan Api Itu Nasakh (Mansukh)


Pada mula hukuman dengan api tersebut pernah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri,walaubagaimanapun,perintah tersebut telah dimansukhkan lalu di nasakh oleh Rasulullah s.a.w sendiri menerusi sabdnya kepada orang yang sama baginda s.a.w perintahkan (lalu diganti dengan yang lain) iaitu larangan membunuh dengan api.


Misalnya sebegini mansukh dan nasakh
 Pernyataan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, seperti sabda beliau :
”Aku dahulu pernah melarang kalian untuk berziarah kubur. Maka (sekarang) berziarahlah kalian, kerana hal itu dapat mengingatkan akhirat” (HR. Muslim).

Sememangnya dalam menjadikan api sebagai bentuk hukuman terhadap seseorang,terdapat perselisihan pendapat dari kalangan sahabat dan ulama didalam menetapkan hujah-hujah bahawa boleh atau larangan sesuatu bentuk hukum tersebut.Untuk memperhalusi lagi pengetahuan secara lebih mendalam agar kaedah dapat ditentukan secara lebih tepat atau setidaknya lebih hampir kepada kebenaran terhadap sesuatu perkara.

Terdapat riwayat dan pendapat yang kuat,namun diteliti juga sirah-sirah para sahabat dalam menekuni ajaran islam.Kerana,merekalah generasi terbaik sesudah era nabi s.a.w disamping mereka.Jadi mereka lebih memahami apa yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka mengenai agama.


Sirah Nabawiyyah karya Ibnu Hisyam


Ibnu Hisyam yang wafat pada tahun 213 H. meriwayatkan dalam kitab Sirah-nya bahawa ketika  Zainab hendak mengikuti Rasulullah saw. berhijrah menuju Madinah, orang-orang Quraisy memerintahkan dua orang dari mereka mengikut dari belakang. Kalau mahu dibunuh saja Zainab. Namun, Allah berkehendak lain. Zainab selamat sampai Madinah. Celaka bagi mereka kerana aktiviti mereka ketahuan.Nabi memerintahkan para sahabatnya untuk mengejar dan menangkap mereka. Nabi juga memerintahkan, ketika tertangkap, mereka harus dibakar.Ini kerana Nabi sangat geram terhadap mereka yang hendak membuuh puteri kesayangannya. Setelah kembali ke Madinah, Nabi mengatakan bahawa beliau memansukhkan perintah perbuatan tersebut. Harusnya tidak perlu membakar. Kerana, membakar adalah hak Allah. Hanya Allah yang berhak melakukannya. Kemudian, beliau bersabda, la yanbaghi li ahad an yu’addzib bin nar illa allah (tidak pantas bagi seorang pun manusia menyeksa menggunakan api, kecuali Allah) (Sirah Ibni Hisyam hlm. 272).


Kitab-Kitab Hadits


Hadits tentang larangan membakar makhluk hidup banyak diriwayatkan oleh para imam ahli hadits. Di antaranya adalah Sahih al-Bukhari, Sunan at-Tirmidzi, Sunan Abi Dawud, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, Sunan ad-Darimi, Sahih Ibnu Hibban, Mustadrak ‘ala as-Sahihain, dan lain sebagainya.

Secara berurutan berdasar masa hidup penulisnya, kami kutipkan hadits-hadits tersebut lengkap beserta komentar dan penafsiran para penulis kitab hadits.

Riwayat al-Bukhari

Imam al-Bukhari (w. 256 H.) dalam kitab Sahih al-Bukhari atau al-Jami’ as-Sahih meriwayatkan hadits dari sahabat Abu Hurairah sebagai berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْثٍ فَقَالَ: «إِنْ وَجَدْتُمْ فُلاَنًا وَفُلاَنًا فَأَحْرِقُوهُمَا بِالنَّارِ»، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أَرَدْنَا الخُرُوجَ: «إِنِّي أَمَرْتُكُمْ أَنْ تُحْرِقُوا فُلاَنًا وَفُلاَنًا، وَإِنَّ النَّارَ لاَ يُعَذِّبُ بِهَا إِلَّا اللَّهُ، فَإِنْ وَجَدْتُمُوهُمَا فَاقْتُلُوهُمَا 
»
Dari Abu Huraiah ra. bahawa dia berkata, Rasulullah saw. mengutus kami dalam sebuah kelompok. Kemudian beliau berkata, “Jika kalian menangkap fulan dan fulan, bakar keduanya dengan api.” Kemudian, ketika kami hendak berangkat, beliau mengubah perintahnya, “Aku telah memberikan perintah membakar fulan dan fulan, dan sungguh, tidak boleh menyeksa dengan api kecuali Allah. Jika kalian berhasil menangkapnya, bunuh keduanya.”

Al-Bukhari menjelaskan bahawa berdasar hadits tersebut membunuh dengan api hukumnya tidak boleh. Hal ini beliau sampaikan dalam judul bab dalam kitab Sahih al-Bukhari, bab la yu’addzib bi adzabillah yang berarti bab tentang tidak boleh menyiksa dengan siksaan Allah (Sahih al-Bukhari, juz 4, hlm. 61).

Riwayat Abu Dawud

Imam Abu Dawud as-Sijistani (w. 275 H.) meriwayatkan hadis dari sahabat Abdullah bin Amr bin ‘Ash sebagai berikut:


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ، فَانْطَلَقَ لِحَاجَتِهِ فَرَأَيْنَا حُمَرَةً مَعَهَا فَرْخَانِ فَأَخَذْنَا فَرْخَيْهَا، فَجَاءَتِ الْحُمَرَةُ فَجَعَلَتْ تَفْرِشُ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «مَنْ فَجَعَ هَذِهِ بِوَلَدِهَا؟ رُدُّوا وَلَدَهَا إِلَيْهَا». وَرَأَى قَرْيَةَ نَمْلٍ قَدْ حَرَّقْنَاهَا فَقَالَ: «مَنْ حَرَّقَ هَذِهِ؟» قُلْنَا: نَحْنُ. قَالَ: «إِنَّهُ لَا يَنْبَغِي أَنْ يُعَذِّبَ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ 
»
Dari Abdurrahman bin Abdullah dari ayahnya yang berkata, “Kami bersama Rasulullah saw. dalam sebuah perjalanan. Lalu, (ketika), beliau membuang hajat, kami melihat seekor burung hummarah (emprit) dengan dua anaknya. Kami mengambil kedua anak burung tersebut. Lalu induknya datang dan mengepakkan sayapnya. Nabi saw. datang lalu berkata, Siapa yang mengganggu burung itu dengan mengambil anaknya? Kembalikan anaknya kepada induknya.” Lalu, Rasulullah saw. melihat sebuah sarang semut yang telah kami bakar. Beliau bertanya, “Siapa yang membakar sarang ini?” Kami menjawab, “Kami.” Beliau bersabda, “Sungguh, tidak pantas menyeksa dengan api kecuali Tuhan pencipta api.”
Ketika mengutip hadits ini, Imam Abu Dawud memberi keterangan dalam bentuk judul bab “karahiyah harq al-‘aduwwi bin nar” yang bererti haramnya membakar pasukan musuh (lihat Sunan Abi Dawud, juz 3, hlm. 55).

Kata karahiyah dalam judul bab tersebut bererti haram. bukan makruh. Penggunaan kata karahiyah dengan pengertian haram sudah menjadi kebiasaan ulama salaf dari golongan ahli hadits. hal ini sebagai bentuk tata krama agar tidak dianggap mendahului terhadap dalam menetapkan sesuatu bentuk hukuman.Misalnya,tidak haram dikata haram tanpa sebarang nas dan pertunjuk yang membenarkan larangan tersebut begitu juga hal hukum lain seperti halal,sunat,harus,makrukh. Allah tidak menyatakan haram demikian pula Rasulullah saw. Namun, ketika difahami maksud Rasulullah adalah melarang. Larangan ini  bersifat tegas (jazim) yang artinya sama dengan mengharamkan.  

Haramnya membakar pasukan musuh adalah pendapat Imam Abu Dawud. Kerana, dalam ttidak disebutkan keterangan pembakaran pasukan musuh. Bahkan, sebenarnya hadits tersebut tidak sedang membicarakan perang, tawanan, atau pasukan musuh. Hadits tersebut merupakan sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang perbuatan sebahagian sahabatnya yang membakar sarang semut. Makhluk Allah yang tiada berdosa. Kemudian, pernyataan Nabi tersebut diperluas pengertiannya oleh Imam Abu Dawud dalam konteks perang.iaitu keharaman membakar pasukan musuh dengan api.Boleh jadi, Imam Abu Dawud melakukan qiyas aulawi.Iaitu menyamakan perbuatan yang melebihi kandungan hadiTs. Tentu saja, membakar manusia lebih kejam dibanding sekadar membakar semut. Menurut Imam Abu Dawud, kekejaman yang lumrah terjadi dalam perang hendaknya tidak ditambah (melampau) dengan melakukan kekejaman lain seperti membakar pasukan musuh dengan api. Lebih-lebih yang sudah ditangkap dan tidak berdaya.

Riwayat ad-Darimi

Imam ad-Darimi (w. 255 H.) juga meriwayatkan hadis tersebut. Beliau mengambil riwayat dari sahabat Abu Hurairah. Hadisnya sebagai berikut:


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ الدَّوْسِيِّ، قَالَ: بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِي سَرِيَّةٍ فَقَالَ: «إِنْ ظَفِرْتُمْ بِفُلَانٍ وَفُلَانٍ فَحَرِّقُوهُمَا بِالنَّارِ» حَتَّى إِذَا كَانَ الْغَدُ، بَعَثَ إِلَيْنَا فَقَالَ: «إِنِّي كُنْتُ أَمَرْتُكُمْ بِتَحْرِيقِ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ، ثُمَّ رَأَيْتُ أَنَّهُ لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ أَنْ يُعَذِّبَ بِالنَّارِ إِلَّا اللَّهُ، فَإِنْ ظَفِرْتُمْ بِهِمَا، فَاقْتُلُوهُمَا 
»
Dari Abu Hurairah ad-Dausi yang berkata, “Rasulullah saw. mengutus pasukan (sariyah). Beliau memberikan instruksi, ‘Jika kalian berhasil menangkap fulan dan fulan, bakar keduanya dengan api.’ Ketika pagi harinya, beliau mengutus utusan yang membawa pesan kepada kami dan memberikan arahan, “Aku telah memerintahkan kalian membakar kedua orang ini. Kemudian aku berpendapat, tidak pantas bagi seorang pun menyeksa dengan api kecuali Allah. Jika kalian berhasil menangkap keduanya, bunuh keduanya (dengan selain api).” 

Ad-Darimi memberi keterangan pada hadis tersebut dengan judul “bab fin nahyi ‘an at-ta’dzib bi ‘adzabillah”  yang berarti larangan menyiksa dengan siksa Allah (lihat Sunan ad-Darimi, juz 3, hlm. 1599).

Muhaqqiq kitab Sunan ad-Darimi menyatakan hadis ini sahih.
Riwayat Ibnu Abi Syaibah
Ibnu Abi Syaibah (w. 235 H.) meriwayatkan hadits larangan membakar dengan api dalam kitab al-Mushannaf. Redaksinya sebagai berikut: 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ الدَّوْسِيِّ قَالَ: بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَرِيَّةٍ وَقَالَ: «إِنْ ظَفِرْتُمْ بِفُلَانٍ وَفُلَانٍ فَأَحْرِقُوهُمَا بِالنَّارِ، حَتَّى إِذَا كَانَ الْغَدُ بَعَثَ إِلَيْنَا، إِنِّي كُنْتُ أَمَرْتُكُمْ بِتَحْرِيقِ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ، وَرَأَيْتُ أَنَّهُ لَا يَنْبَغِي أَنْ يُعَذِّبَ بِالنَّارِ، إِلَّا اللَّهُ فَإِنْ ظَفِرْتُمْ بِهِمَا فَاقْتُلُوهُمَا» 

Dari Abu Hurairah ad-Dausi yang berkata, “Rasulullah saw. mengutus pasukan (sariyah). Beliau memberikan perintah, ‘Jika kalian berhasil menangkap fulan dan fulan, bakar keduanya dengan api.’ Ketika pagi harinya, beliau mengutus utusan yang membawa pesan kepada kami dan memberikan arahan, “Aku telah memerintahkan kalian membakar kedua orang ini. Kemudian aku berpendapat, tidak pantas bagi seorang pun menyeksa dengan api kecuali Allah. Jika kalian berhasil menangkap keduanya, bunuh keduanya (dengan selain api).” 

Sebelum meriwayatkan hadits ini secara lengkap dengan sanadnya, Ibnu Abi Syaibah memberi keterangan bab man naha ‘an at-tahriq bin nar yang berarti Bab tentang Nabi yang melarang membakar menggunakan api (lihat Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, juz 6, hlm. 485).

Riwayat Ibnu Hibban

Imam Ibnu Hibban (w. 354 H.) meriwayatkan hadis larangan menyiksa dengan api lengkap dengan sanadnya dalam kitab Sahih Ibn Hibban.Tulisanya sebagai berikut:


 عَنْ عِكْرِمَةَ، أَنَّ عَلِيًّا، أُتِيَ بِقَوْمٍ قَدِ ارْتَدُّوا عَنِ الْإِسْلَامِ، أَوْ قَالَ: زَنَادِقَةٍ، مَعَهُمْ كُتُبٌ، فَأَمَرَ بِنَارٍ فَأُجِّجَتْ فَأَلْقَاهُمْ فِيهَا بِكُتُبِهِمْ، فَبَلَغَ ذَلِكَ ابْنَ عَبَّاسٍ، فَقَالَ: أَمَّا أَنَا لَوْ كُنْتُ لَمْ أُحَرِّقْهُمْ، لِنَهْيِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَقَتَلْتُهُمْ لِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  «لَا تُعَذِّبُوا بِعَذَابِ اللَّهِ» وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ 
»
Dari Ikriamah bahwa Ali bin Abi Thalib dibawakan orang-orang yang keluar dari Islam atau orang-orang zindiq. Mereka memiliki koleksi buku-buku. Ali bin Abi Thalib memerintahkan agar mereka dibakar. Api dinyalakan dan mereka dilemparkan ke dalamnya beserta buku-buku mereka. Peristiwa itu sampai ke telinga Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas berkata, “Jikalau saya yang ada di situ, saya tidak akan membakar mereka kerana Rasulullah saw. melarangnya. Dan nescaya saya akan membunuh mereka langsung, kerana Rasulullah bersabda, ‘Jangan seksa dengan seksaan Allah”. Rasulullah juga bersabda, “Barangsiapa mengganti agamanya, bunuhlah mereka.”

Ibnu Hibban memberikan keterangan sebelum meriwayatkan hadits tersebut dzikru az-zajri ‘an ta’dzib syai’in min dzawatil arwah bi harqin nar yang bererti hadits larangan menyeksa makhluk bernyawa dengan api (lihat Sahih Ibn Hibban, juz 12, hlm. 421).

Dalam ilmu asbabul wurud, peristiwa yang melatar belakangi sahabat mengutip hadits disebut asbab iradil hadis atau peristiwa yang melatari pengutipan hadis. Peristiwa yang terjadi pada masa Nabi tentang larangan membakar sarang semut disebut sabab wurudil hadits, sedangkan pengutipan hadits oleh sahabat Ibnu Abbas ketika menyikapi kebijakan sahabat Ali bin Thalib yang memerintahkan membakar orang-orang murtad disebut sabab iradil hadiys. 

Hadits-hadits yang diriwayatkan Ibnu Hibban ini adalah sahih,kerana disebutkan dalam Sahih Ibni Hibban.

Peraturan Ali bin Abi Thalib

Dalam riwayat Ibnu Hibban di atas diketahui bahawa Ali bin Abi Thalib berpendapat kebolehan membakar makhluk hidup dengan api. Bahkan beliau menjalankan peraturan tersebut. Apakah undang-undang tersebut boleh diikuti oleh umat Islam karena beliau adalah generasi salaf?

Sahabat Nabi merupakan golongan mulia yang kemuliaannya disebutkan dalam Alquran dan as-Sunnah. Allah mengatakan, kuntum khaira ummatin ukhrijat lin nas (kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia). Ayat ini turun untuk para sahabat Nabi. Ayat ini jelas menyatakan sahabat adalah generasi terbaik. Selayaknya mereka diikuti dan diteladani. Allah juga mengatakan, radhiyallahu ‘anhum wa radhu ‘anhu (Allah menerima (islam, iman dan amal) mereka, dan mereka menerima Allah (sebagai tuhan mereka)).
Nabi Muhammad saw. mengatakan, ‘alaikum bi sunnati wa sunnati al-khulafa’ al-rasyidin al-mahdiyyin, pegangilah sunnahku dan sunnah khulafa’ al-rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Dalam kesempatan lain Nabi Muhammad bersabda, khairul qurun qarni tsumma al-ladzin yalunahum tsumma al-ladzina yalunahum, sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi setelahnya, lalu generasi setelahnya.


Ali Bin Abi Talib Belum Mengetahui Perintah Larangan Dari Rasulullah s.a.w


Menurut penulis, ada beberapa hal yang perlu diketahui tentang peraturan sahabat Ali bin Abi Thalib tersebut. Pada saat itu, beliau belum mengetahui adanya larangan dari Rasulullah saw. tentang membakar makhluk hidup. Setelah berita itu sampai kepada sahabat Ibnu Abbas, sebagai salah satu pendukung sahabat Ali bin Abi Thalib dalam hal ehwal undang-undang dan politiknya, sahabat Ibnu Abbas memberikan pembetulan bahawa peraturan itu bertentangan dengan tuntunan Nabi.Ulasan Ibnu Abbas didengar oleh sayyidina Ali bin Abi Thalib. Kemudian, sayyidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah saat itu menarik kembali perintah membakar dengan api tersebut. Sebagai sahabat dekat, sayyidina Ibnu Abbas banyak memberikan nasihat dan pembetulan dan banyak di antaranya yang diterima oleh sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ibnu Katsir (w. 776 H.), penulis kitab sejarah murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (w. 728 H.), dalam kitab al-Bidayah wa an-Nihayah menyebutkan beberapa kebijakan yang dikoreksi oleh Ibnu Abbas dan diterima Ali bin Abi Thalib adalah mengenai pembakaran tersebut. Ibnu Katsir menulis,


وَقَدْ كَانَ ابْنُ عبَّاس يَنْتَقِدُ عَلَى عَلِيٍّ فِي بَعْضِ أَحْكَامِهِ فَيَرْجِعُ إِلَيْهِ عَلِيٌّ فِي ذَلِكَ، كَمَا قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ عِكْرِمَةَ أَنَّ عَلِيًّا حَرَّقَ نَاسًا ارْتَدَوْا عَنِ الْإِسْلَامِ فَبَلَغَ ذَلِكَ ابْنَ عَبَّاسٍ فَقَالَ: لو كنت أنا لم أحرقهم بِالنَّارِ، إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: " لا تعذبوا بعذاب الله " بل كنت قَاتِلَهُمْ لِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ ". فَبَلَغَ ذَلِكَ عَلِيًّا فَقَالَ: وَيْحَ ابْنِ عَبَّاسٍ ، وَفِي رِوَايَةٍ وَيْحَ ابْنِ عَبَّاسٍ إِنَّهُ لَغَوَّاصٌ عَلَى الْهَنَاتِ

Ibnu Abbas telah menyatakan bantahan Khalifah Ali bin Abi Thalib dalam sebahagian peraturan undang-undang. Kemudian Khalifah Ali bin Abi Thalib menarik kembali isi-isi peraturan tersebut. Hal ini sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dari Ismail, dari Ayyub, dari Ikrimah, bahawa Ali membakar sekelompok orang yang murtad dari Islam. peristiwa itu sampai ke telinga Ibnu Abbas. Dia berkata, “Jika aku yang membuat undang-undang, aku tidak akan membakar mereka dengan api. Rasulullah saw. bersabda, ‘Jangan seksa dengan seksaan Allah’. Bahkan aku akan membunuh mereka (dengan pedang) kerana mengikuti sabda Rasulullah saw., ‘Barangsiapa mengubah (murtad atau keluar dari islam) agamanya, bunuhlah dia.’ Ulasan Ibnu Abbas itu sampai ke telinga Ali dan dia berkata, ‘celaka, Ibnu Abbas.’ Dalam riwayat yang lain dikatakan, ‘Kasihan Ibnu Abbas, dia menyelam mencari-cari kesalahan.’  (al-Bidayah wa al-Nihayah, juz 8, hlm. 330).


Berdasarkan penjelasan Ibnu Katsir ini, dapat disimpulkan bahwa Ali bin Abi Thalib menerima teguran Ibnu Abbas. Ertinya, beliau menarik dan membatalkan pendapatnya. Dari sini dapat disimpulkan bahawa tidak ada lagi dalil yang dapat digunakan membenarkan pembakaran pasukan musuh atau menjadikan api sebagai bentuk hukuman terhadap makhluk beryawa.Allahualam. 

No comments:

Post a Comment