Allah s.w.t mengutuskan nabi dan Rasul sekalian banyak kepada kaum-kaum mereka.Ada diantara mereka membantah lalu terjadi perselisihan antara segelintir kaum mereka dengan nabi-nabi mereka.
Apabila kaum mereka mendustakan nabi-nabi mereka yang diutuskan Allah,maka menjadilah mereka tersesat jalan didalam kehidupan dunia ini.Tidakah mereka perhatikan bahawa,Allah s.w.t melengkapkan para nabi-Nya dengan ilmu dan beberapa mukjizat yang tidak ada tandinganya ? oleh kerana kurangnya ilmu,mereka menganggap ini tentulah sihir.
Sesungguhnya,ilmu itu dari Allah s.w.t.Sungguh banyak sekali Allah s.w.t mengirimkan nabi-nabi-Nya untuk memperjelas tentang aturan hidup kepada umat manusia,menerangkan haq dan batil,serta memberikan keterangan yang nyata lalu diperkukuhkan dengan beberapa orang nabi dan rasul selepasnya,ditambahkan lagi mukjizat-mukjizat yang tidak ada sesiapa dapat menandinginya.Begitu juga dengan ilmu-ilmu yang dibawa didalam syariat dan hukum-hukum.Namun,pada zaman ini,sudah tidak ada lagi keberadaan nabi mahupun Rasul yang diutuskan untuk umat manusia.Kerana Allah s.w.t telah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutup para nabi-Nya dan agamanya telah pun sempurna dan tidak ada lagi perubahan-perubahan didalam syariat agama-Nya.
Namun yang demikian,ilmu-ilmu yang diwarisi dari nabi oleh ulama sekian berkurang.Allah s.w.t tidak akan mengangkat ilmu sekaligus,tapi dengan cara mematikan para ulama.Dengan itu,pewarisan ilmu semakin kurang andai kaum muslimin tidak mula mempelajari ilmu-ilmu ini dengan tekun.Antara ilmu-ilmu yang mula di angkat adalah ilmu faraid,kini semakin ramai mulai bertelingkah kerana hal ehwal harta pusaka,harta waris dan sebagainya hingga mendorong pembunuhan ahli keluarga sendiri.Inilah musibah-musibah apabila ilmu diangkat hingga terjadi pembunuhan ahli keluarga.Bayangkan jika ilmu-ilmu lain turut diangkat,apakah kesan yang lebih besar akan dialami oleh masyarakat ?maka,haruslah memperhatikan dari siapa seseorang itu mendapatkan ilmunya agar urusan kehidupanya menjadi baik serta betul.
Ilmu itu perlu didasari dengan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t.Dengan sifat taqwa,seseorang itu akan merasa takut kepada Allah s.w.t untuk membicarakan hal-hal yang ia sendiri tidak mengetahuinya.Kerana kelak,ia akan disoal tentang apa yang dilakukan di dunia ini.Dan rasa keimanan kepada Allah s.w.t serta para nabi,ia tidak akan membicarakan hal buruk tentang nabi,atau mencari masalah hal nabi.Sungguh banyak kaum-kaum terdahulu,apabila mereka mendustakan nabi-nabi mereka,Allah s.w.t menjadikan mereka tengelam,hanyut,timbus,terseksa dan terazab dengan sebab pembawaan mereka membantah nabi-nabi mereka.Sedangkan seorang nabi itu adalah contoh ikutan kaum-kaumnya.Andai tidak menjadikan nabi sebagai contoh ikutan,daripada siapakah lagi yang harus diikuti ?adakah seseorang itu ingin menjadikan orang yang tidak dapat mengurus hidupanya dengan baik lagi tidak tentu hala tujuanya serta tidak membawa kepada kesejahteraan di akhirat sebagai contoh ikutan ? maka tentulah akan menjadi orang yang tidak akan mengapai kesejahteraan di hari akhirat.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Al-Ahzaab 33:21)
Menjadikan nabi sebagai ikutan,pemimpin dan insan yang menjadi inpirasi jalan menuju kejayaan yang akan memberikan kemenangan besar bukan sahaja didunia,bahkan diakhirat,kerana semua para nabi dan rasul akan berada di syurga Allah azza wa jalla.Sementara golongan pendusta nabi berada di suatu tempat yang tidak hidup dan tidak pula mati.Mereka dirasakan perit didalamnya lalu kekal sedemikian maka berputus asa mereka itu didalam neraka.
Dan apabila beriman kepada nabi,orang islam itu keimanan mereka adalah beriman kepada semua nabi yang diutuskan Allah s.w.t.Iaitu 25 para nabi-Nya yang diketahui daripada nabi Adam a.s sehinggalah penutup para Nabi iaitu Rasulullah s.a.w Nabi Muhammad.Maka dengan ini,haruslah berusaha untuk mengenali nabi-nabi Allah,dan perhatikan bentuk kehidupan mereka.Walaubagaimanapun,ketika mana mencari jalan untuk mendapatkan ilmu-ilmu itu,perhatikanlah dari siapa ia ambil ilmu itu.Bawalah bekal taqwa dan iman dimana-mana sahaja,agar denganya menjadi diri yang kuat.
Muhammad biin Sirin – ulama tabi’in muridnya Anas bin Malik – mengingatkan,
إن هذا العلم دين ، فانظروا عمن تأخذون دينكم
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا
وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Mengenai ayat di atas, Al-Hasan (w. 110 H) berkata : ”Yang dimaksud dengan kebaikan dunia adalah ilmu dan ibadah”. Beliau menambahkan : ”Dan kebaikan akhirat – maksudnya adalah surga” [Jaami’ Bayaanil-’Ilmi wa Fadhlihi oleh Ibnu ’Abdil-Barr, hal. 36, Maktabah Al-Misykah].
قال الإمام الأوزاعي رحمه الله :
” اتقوا الله معشر المسلمين ، واقبلوا نصح الناصحين،
وعظة الواعظين ،
واعلموا أن هذا العلم دين
فانظروا ما تصنعون ،
وعمن تأخذون،
وبمن تقتدون ،
ومن على دينكم تأمنون ؛
فإن أهل البدع كلهم مبطلون أفّاكون آثمون
لا يرعوون ، ولا ينظرون
ولا يتقون … إلى أن قال :
• فكونوا لهم حذرين
متهمين رافضين مجانبين ،
– فإن علماءكم الأولين ومن صلح من المتأخرين كذلك كانوا يفعلون ويأمرون ” اﻫـ .
• انظر :
(تاريخ دمشق للبغدادي) (362/6)
Berkata al-Imam al-Awza’i, “Wahai kaum muslimin bertakwalah pada Allah dan terimalah nasihat dan maw’idzoh orang yang bernasihat, untuk kalian. Dan ketahuilah bahawa ilmu ini adalah agama, maka perhatikan apa yang kamu lakukan, dari siapa kamu ambil (agamamu), kepada siapa kamu bertauladan, dan pada siapa agamamu kamu percayakan.
Selawat dan salam untukmu Ya Rasulullah..
ReplyDelete