Ibu Negara Israel Kini Baitulmaqdis - wanalovemekahmadinah

Wednesday, December 6, 2017

Ibu Negara Israel Kini Baitulmaqdis

Ibu Negara Israel Kini Baitulmaqdis
Setelah sekian lama para zionis berhajat akan kota suci Baitulmaqdis menjadi ibu negara mereka.Dan baru-baru ini presiden Amerika Syarikat begitu tanpa segan mengistiharkan Baitulmaqdis itu sebagai ibu negara zionis mengantikan Tel Aviv.

Dan setelah pengistiharan ini,tentulah akan membawa hubungan diplomatik yang berbeza-beza sekali bentuk iklimnya.Ini kerana,Baitulmaqdis adalah menjadi tuntutan 3 agama bukan sahaja islam,bahkan kristian dan yahudi.Pengistiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan membawa bentuk baru dalam pemerintahan global sekaligus diberi nama sebagai New World Order atau Pemerintahan Dunia Baru telah pun secara pelahan dimulakan.

Baitulmaqdis adalah satu kawasan yang bersejarab bahkan suci malah didalam kitab al-Quran menyebutkan beberapa peristiwa merangkumi tanah-tanah di Baitulmaqdis turut menjadi saksi akan beberapa peristiwa-peristiwa sejarah kenabian seperti Israk dan Mikraj.Juga pernah menjadi perebutan didalam peperangan seperti perang salib dimasa zaman Salehuddin al-Ayubi.Terlalu banyak peristiwa sejarah melibatkan kota Baitulmaqdis ini yang mana sering menjadi rebutan tanpa penghujungnya.

Didalam lipatan sejarah umat islam,Baitulmaqdis pernah menjadi Kiblat sebelum perintah peralihan kiblat ke Kaabah diturunkan melalui Wahyu kepada Rasulullah s.a.w Nabi Muhammad hingga menarik perhatian orang yahudi akan peralihan kiblat tersebut.Sungguhpun demikian,orang-orang yahudi tetap ingkarkan perintah wahyu tersebut (kecuali sebahagian mengakuinya).

Baitul Maqdis berada di bawah pemerintahan Islam semasa zaman Khalifah Umar (semoga Allah merahmatinya), dalam tahun 638 Masihi. Ia merupakan penaklukan yang aman. Pemerintah dan Paderi Besar Baitul Maqdis ketika itu yang bernama Sophronius telah menyerahkan kunci Baitul Maqdis kepada Khalifah Umar dengan tangannya. Semasa memasuki Bandar itu, Khalifah Umar bertanya di manakah kedudukan Baitul Maqdis dan batu yang dimuliakan yang telah dipijak oleh Rasulullah s.a.w sebelum Al-Mi'raj.

Ia merupakan kawasan yang terpencil pada ketika itu. Askar-askar Rom telah memusnahkan apa yang disebut Kuil Kedua pada tahun 70 Masihi. Pemerintah bukan Kristian atau Kristian di situ tidak pernah cuba untuk membinanya semula.

Menurut sejarah, ia merupakan tempat pembuangan sampah dan tempat pembuangan najis haiwan bagi penduduk Baitul Maqdis. Sebaik sahaja Khalifah Umar mengetahui bahawa itu merupakan tapak Baitul Maqdis dan tempat berlakunya Al-Mi'raj, beliau telah membersihkannya dengan tangan beliau sendiri sebelum melakukan solat dan sujud di atas tanah.

Pada tahun 691 Masihi, Kubah Baru dan masjid lainnya dibina. Ia merupakan monumen suci pertama yang paling mahal dan paling besar dibina dalam sejarah Islam. 

Baitul Maqdis sentiasa di dalam ingatan masyarakat Muslim. Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kamu bersusah payah bermusafir (dengan tujuan beribadat) melainkan ke tiga masjid; Masjid Al-Haram di Mekah, masjidku di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis." Berdasarkan hadis ini, masyarakat Islam menganggap bahawa ia merupakan satu kebaikan untuk melawat Bandar Baitul Maqdis, masjidnya, kesuciannya dan persekitarannya yang diberkati. Jemaah haji seringkali menziarahi Baitul Maqdis sebelum pergi menunaikan haji di Mekah dan Madinah.

Pemimpin-pemimpin Islam membina banyak hospital, sekolah dan pusat keagamaan di sekitar Bandar tersebut. Mereka membeli tanah di dalam dan sekitar Baitul Maqdis untuk dijadikan tanah wakaf bagi tujuan keagamaan. Hakikatnya, keseluruhan Bandar Baitul Maqdis adalah tanah wakaf dan tidak boleh dijual atau dipindah milik. 

Ramai juga ulama Islam yang berpindah dan tinggal di sana. Masjid Al-Aqsa merupakan tempat yang ideal untuk belajar. Beribu-ribu orang yang beriman dan ulama' berwasiat agar jenazah mereka kelak dikebumikan di Baitul Maqdis. Terdapat beribu-ribu atau mungkin berjuta kubur umat Islam di Baitul Maqdis. Umat Islam juga mengiktiraf hak masyarakat Kristian dan Yahudi yang meletakkan Baitul Maqdis di hati mereka dan menjadikannya suci dalam keimanan mereka. Semasa pemerintahan Islam, mereka dibenarkan untuk tinggal di sana. Semasa Khalifah Umar membuat perjanjian dengan Paderi Sophronius, mereka telah bersetuju dengan permintaan paderi Kristian itu bahawa "Tidak ada seorang Yahudi pun yang akan dibenarkan untuk tinggal bersama mereka di Aelia (Baitul Maqdis)". Bagaimanapun, semasa pemerintahan Islam kemudiannya, undang-undang tersebut telah dilonggarkan sedikit dan orang-orang Yahudi diizinkan untuk datang dan tinggal di situ. Selepas penaklukan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin, orang-orang Yahudi sekali lagi diizinkan oleh penduduk Islam untuk kembali dan tinggal di Baitul Maqdis. Sebelum itu, Baitul Maqdis telah diperintah oleh Kristian selama lebih kurang 90 tahun (1099-1187) dan mereka telah mengharamkan penduduk Yahudi dan Islam untuk tinggal di Baitul Maqdis.[1]



Rujukan:AmanPalestin

1 comment:

  1. Pilunya rasa...sungguh-sungguh..pasti Rasulullah SAW pun sedih.

    ReplyDelete