Bacaan Selawat Yang Sempurna - wanalovemekahmadinah

Friday, January 12, 2018

Bacaan Selawat Yang Sempurna

Bacaan Selawat Yang Sempurna
Telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w tentang ucapan selawat kepada sahabat.Dimana terdapat sahabat yang bertanya bagaimanakah caranya berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w setelah turunya perintah berselawat kepada Rasulullah s.a.w Nabi Muhammad oleh Allah s.w.t didalam surah al-Ahzab ayat 56.


إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad sallallahualaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (surah al-Ahzab ayat 56)

Ada juga yang menafsirkan dengan maksud taufik yakni petunjuk dari Allah untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya;

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا



“Dialah yang bersalawat kepadamu (wahai manusia) dan Malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” (surah al-Ahzab ayat 43)


Para Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebaikan dan keampunan Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam sepanjang zaman. Ada pun salawat umat (kita) Muhammad kepada Baginda Nabi sallallahualaihi wasallam adalah dengan menyebut salawat yang terkenal itu, yang di dalamnya mengandungi doa kepada Allah, agar Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya kepada Baginda. Kita juga memohon agar Allah membesarkan dan memuliakan Nabi Muhammad sepanjang masa. Contoh salawat yang diajarkan Nabi kepada umatnya seperti salawat al-Ibrahimiyah, salawat yang sering kita bacakan ketika bacaan tahiyyat sewaktu solat;


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمِ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ


Sesungguhnya istilah salawat begitu unik. Ia boleh dipakai untuk tiga situasi yang berbeza. Allah, Malaikat, dan Umat manusia. Yang penting kita menghayati dan memahami bahawa Rasulullah sallallahualaihi wasallam itu makhluk istimewa pilihan Allah, yang Allah sendiri menjanjikan bahawa Dia sentiasa mencurahkan rahmat kepada Baginda, hari hidupnya, ke alam kuburnya sehinggalah ke Hari Akhirat.

Adapun bagaimana kita hendak berselawat ke atas Nabi, apakah lafaz selawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, hal ini disebutkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk di depan Rasulullah dan dia berkata,


يا رسولَ اللهِ، هذا السَّلامُ عليك قد عرَفناه ، فكيف الصَّلاةُ عليك ، قال : قولوا اللَّهمَّ صَلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ كما صلَّيْتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ إنَّك حميدٌ مَجيدٌ ، وبارِكْ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ كما باركْتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ إنَّك حميدٌ مَجيدٌ

“Wahai Rasulullah. Adapun tentang memberi salam ke atasmu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atasmu? Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: (Allaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kamaa sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat lain dengan sedikit perbezaan lafaz pada “wa baarik” diganti dengan “Allahumma baarik”.[1]

Juga dalam lafas seumpamanya seperti hadits dibawah,


“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim][2]

Dan apabila orang-orang yang mendengarkan nama Rasulullah s.a.w,hendaklah berselawat seperti mana terdapat hadits yang menyebutkan akan hal ini,


Demikian pula hadits, dari Husain bin Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ، ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

“Orang yang bakhil adalah orang yang ketika namaku disebut, dia tidak berselawat untukku.” (HR. Ahmad 1736).

Allahualam

Rujukan:
[1]https://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/06/19/selawat-salam-yang-sempurna-ke-atas-nabi-sallallahu-alaihi-wasallam/
[2]http://www.abuanasmadani.com/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan-lafaz-yang-sahih/

No comments:

Post a Comment