Telaga Kautsar Rasulullah : Orang Terhalang Mendekatinya - wanalovemekahmadinah

Saturday, January 13, 2018

Telaga Kautsar Rasulullah : Orang Terhalang Mendekatinya

Telaga Kautsar Rasulullah : Orang Terhalang Mendekatinya
Telaga al-Kautsar dari segi makna adalah melalui Al-Kautsar boleh diertikan sebagai kebaikan yang banyak.Boleh juga nama sungai di syurga atau nama telaga Rasulullah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.Setiap nabi memiliki telaga,jadi telaga al-Kautsar adalah untuk umat Rasulullah s.a.w,menjadi tempat menghilangkan perit dahaga di hari kiamat.



إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ حَوْضًا، وَإِنَّهُمْ يَتَبَاهَوْنَ أَيُّهُمْ أَكْثَرُ وَارِدَةً، وَإِنِّي أَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَكْثَرَهُمْ وَارِدَةً




Rasulullah bersabda, “Sungguh setiap Nabi memiliki telaga. Dan mereka saling membanggakan siapakah yang telaganya paling banyak dikunjungi. Aku berharap, telagakulah yang paling banyak pengunjungnya” (HR. Tirmidzi no. 2443).

Secara ringkasnya al-Kautsar dapat di ertikan sebagai sungai,telaga untuk orang-orang beriman mendapatkan air minum.Disana,iaitu telaga atau sungai kautsar memiliki wadah-wadah atau bejana yang begitu banyak seperti jumlah bintang di langit (tidak terhitung jumlahnya).

Didalam menelusuri keadaan di hari kiamat,seseorang itu tidak akan terlepas daripada menghadapi perisitiwa atau keadaan (kecuali tertentu) antaranya adalah semua orang akan melalui telaga Kautsar.


Dan dalam Hadits Riwayat Imam Muslim no: 247, dari Sahabat Abu Hurairahرضي الله عنه, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسل bersabda:




إِنَّ حَوْضِى أَبْعَدُ مِنْ أَيْلَةَ مِنْ عَدَنٍ لَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ الثَّلْجِ وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ بِاللَّبَنِ وَلآنِيَتُهُ أَكْثَرُ مِنْ عَدَدِ النُّجُومِ وَإِنِّى لأَصُدُّ النَّاسَ عَنْهُ كَمَا يَصُدُّ الرَّجُلُ إِبِلَ النَّاسِ عَنْ حَوْضِهِ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَعْرِفُنَا يَوْمَئِذٍ قَالَ « نَعَمْ لَكُمْ سِيمَا لَيْسَتْ لأَحَدٍ مِنَ الأُمَمِ تَرِدُونَ عَلَىَّ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ أَثَرِ الْوُضُوءِ



“Sesungguhnya telagaku sejauh jarak dari Ailah (Palestin) dan ‘Adn (Yaman). Airnya lebih putih dari salju, lebih manis dari madu dengan susu. Bilangan bejananya lebih banyak dari bilangan bintang. Dan aku akan menghalaunya sebagaimana seseorang menghalau orang dari telaganya.”



Para Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah apakah engkau mengenali kami pada hari itu?”



Beliau صلى الله عليه وسل menjawab, “Ya, kalian memiliki tanda yang tidak satu ummat pun memilikinya. Kalian akan mendatangi telagaku dalam keadaan wajah kalian berseri-seri dari tanda bekas berwudhuk.”

Mereka yang Terhalang Minum dari Telaga Al-Kautsar


Dari Abu Wail, dari ‘Abdullah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، لَيُرْفَعَنَّ إِلَىَّ رِجَالٌ مِنْكُمْ حَتَّى إِذَا أَهْوَيْتُ لأُنَاوِلَهُمُ اخْتُلِجُوا دُونِى فَأَقُولُ أَىْ رَبِّ أَصْحَابِى . يَقُولُ لاَ تَدْرِى مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ



“Aku akan mendahului kalian di al haudh (telaga). Dinampakkan di hadapanku beberapa orang di antara kalian. Ketika aku akan mengambilkan (minuman) untuk mereka dari al haudh, mereka dijauhkan dariku. Aku lantas berkata, ‘Wahai Rabbku, ini adalah umatku.’ Lalu Allah berfirman, ‘Engkau sebenarnya tidak mengetahui bid’ah yang mereka buat sesudahmu.’ ” (HR. Bukhari, no. 7049)



Dalam riwayat lain dikatakan,



إِنَّهُمْ مِنِّى . فَيُقَالُ إِنَّكَ لاَ تَدْرِى مَا بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِى


“(Wahai Rabbku), mereka betul-betul pengikutku. Lalu Allah berfirman, ‘Sebenarnya engkau tidak mengetahui bahwa mereka telah mengganti ajaranmu setelahmu.” Kemudian aku (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) mengatakan, “Celaka, celaka bagi orang yang telah mengganti ajaranku sesudahku.”  (HR. Bukhari, no. 7051)

Sebagaimana disampaikan oleh Imam Nawawi rahimahullah, para ulama berselisih pendapat dalam menafsirkan mereka yang terhalang dari telaga Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam (selawat dan salam keatas baginda).

Pendapat pertama: Yang dimaksud adalah orang munafik dan orang yang murtad. Boleh jadi ia dikumpulkan dalam keadaan nampak cahaya bekas wudhu pada muka, kaki dan tangannya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggil mereka dengan bekas yang mereka miliki. Lantas dibantah, mereka itu sebenarnya telah mengganti agama sesudahmu.Ertinya, mereka tidak mati dalam keadaan Islam yang mereka zahirkan.

Pendapat kedua: Yang dimaksud adalah orang yang masuk Islam di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas murtad sepeninggal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggil mereka walau tidak memiliki bekas tanda wudhuk. Walau Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tahu keislaman mereka ketika beliau hidup. Lantas dibantah, mereka itu adalah orang yang murtad setelahmu.

Mereka adalah golongan yang tidak akan diberikan keizinan oleh Allah s.w.t untuk meminum air daripada telaga al-Kautsar.Ini kerana Allah mengetahui akan amalan mereka dan keimanan mereka juga hati mereka.Misalnya,mereka adalah orang-orang yang hidup dizaman Rasulullah s.a.w,beriman kepada baginda s.a.w semasa hidup,apabila wafatnya Rasulullah s.a.w Nabi Muhammad,mereka ada yang keluar daripada ajaran yang dibawa oleh Utusan Allah,bahkan mereka ada yang murtad balik kepada agama asal mereka.Jadi dengan demikian,Allah s.w.t memberitahu sebab-sebab tersebut kepada Rasulullah s.a.w apa mereka lakukan ketika peninggalan baginda s.a.w.

Semoga kita kekal mengikut pertunjuk Rasulullah s.a.w dan sunnahya serta istiqomah.

Allahualam

Rujukan:
https://rumaysho.com/13161-mereka-yang-terhalang-minum-dari-telaga-al-kautsar.html

No comments:

Post a Comment