Wanita Solehah Dan Bidadari Syurga - wanalovemekahmadinah

Sunday, March 6, 2016

Wanita Solehah Dan Bidadari Syurga

Wanita Solehah Dan Bidadari Syurga

wannursyarifah
Wanita solehah lebih utama dari bidadari syurga
Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari bermata jeli?”
Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang nampak daripada apa yang tidak nampak.”
Aku bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Beliau menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada ALLAH.ALLAH meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau,perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata,‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” (HR. Ath Thabrani)

Dan kerana hebatnya wanita solehah,mereka kelak akan menjadi ratu kepada para bidadari di dalam syurga.Jika bidadari mempunyai permaisurinya,maka permaisurinya itu mempunyai ratu.Jika permaisurinya itu bernama Hurul Aini,maka ratunya itu barangkali sama dengan nama-nama isteri kamu,anak-anak perempuan kamu,wanita-wanita solehah yang lain.

Baiklah,saya membuka singkap kisah bagaimana wanita solehah telah mematikan hujah-hujah sang bidadari syurga yang pada waktu itu,menuntut suami-suami yang dahulunya menjadi suami kepada wanita solehah.Ini membuatkan para si isteri (wanita solehah) tersebut berasa sangat cemburu,kerana suaminya itu dipanggil oleh bidadari tersebut.

Lalu berlakulah perebutan,memang berbeza didunia dan di syurga,di syurga,suami akan direbutkan,hingga berlakulah hujah-hujah antara wanita solehah (yang dahulunya mempunyai suami) akan berdepan dengan bidadari syurga kelak.Namun la tahzan,jika wanita (isteri) tersebut adalah solehah,maka dia akan berjaya mengalahkan hujah bidadari.Bidadari ini akan menggunakan hujah ketaatanya bagi mematikan hujah keingkaran manusia (tidak taat pada suami),maka hanya wanita solehah sahaja dapat mematikan hujah-hujah bidadari-bidadari yang berkerumung bak lebah menghurung sesuatu.Mengapa disebut sebagai menghurung? kerana bidadari di syurga sangat banyak bilanganya,sedangkan dihurung itu satu (si suami).

Kami semua bersedekah, sedangkan kamu semua (bidadari) tidak bersedekah. Lalu Aisyah berkata: Maka wanita-wanita dunia itu mengaalahkan bidadari-bidadari di surga. Demi Allah wanita-wanita penduduk bumi mendapatkan istana, pelayana(suami), mahkota, tempat wisata yang indah, dan segala sesuatu yang disenangi, yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terbesit dalam hati manusia. Wanita yang sholat akan tmpil lebih cantik dan mengalahkan bidadari.......

Mengapa Wanita Solehah Melebihi Bidadari ?


Wanita solehah akan mampu berhadapan dengan bidadari itu sekiranya cukup perkara-perkara ini.
Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami ridha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” (HR. Ath Thabrani)

Dalam hadits sahih,Saidatina Aisyah r.anha melihat sekumpulan wanita yang berdandan dengan berlebihan lewat, sedangkan Aisyah sepenuhnya ditutupi pakaian hitam. Aisyah melihat mereka dan berkata “Nikmatilah dunia ini! Untuk kalian di dunia ini, untuk kami di akhirat.” 

Jadi ketika seorang suami beristerikan Hur ‘ain, Ibnu Qayyim R.H. menyebutkan dalam hadits sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa pada saat itu akan datang seorang wanita lain. Seorang wanita yang kecantikan dan keelokannya akan membuat seorang raja melupakan wanita-wanita lainnya. Siapa wanita ini? Wanita ini adalah isterinya di dunia ini. Jadi isterinya di dunia ini akan menjadi ratu dari para Hur ‘ain (bidadari). Dan Ibnu Qayyim menyebutkan “Apakah seorang raja pernah memikirkan para pelayan-pelayannya di hadapan seorang ratu?” Tentu tidak! Jadi isterinya di dunia akan diberikan kecantikan jauh melebihi para bidadari. Mengapa begitu?

Ibnu Qayyim berkata “Kerana Hur ‘ain (bidadari) tidak pernah menghadapi kesulitan yang dirasakan wanita dunia. Mereka tidak pernah berjuang di jalan Allah, tidak pernah dicemuh orang kerana mengenakan hijab, tidak pernah merasakan sulitnya patuh pada suami.”

Walau macam manapun cantiknya bidadari itu,si suami pasti akan balik semula kepada kita andai wanita itu (yang bersuami didunia) adalah solehah.Wallahualam.


No comments:

Post a Comment