وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
(Al-Anbiyaa' 21:107)
Di sini Allah s.w.t berfirman kepada kita bahawa Dia telah menciptakan Muhammad s.a.w sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin),ertinya, Dia mengutuskan Rasulullah s.a.w sebagai rahmat untuk semua orang sekalian alam.Barangsiapa menerima rahmat ini dan berterima kasih atas berkah ini, dia akan bahagia di dunia dan akhirat. Namun, barangsiapa menolak dan mengingkarinya, dunia dan akhirat akan lepas darinya, seperti yang Allah s.w.t firmankan:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُواْ نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّواْ قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ – جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا وَبِئْسَ الْقَرَارُ
Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim.Imam Ahmad meriwayatkan bahawa ‘Amr bin Abi Qurrah Al-Kindi berkata: “Hudzaifah Radhiyallahu ‘Anhu ada di Al Mada’in dan dia menyebutkan sesuatu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Salam telah bersabda. Hudzaifah datang ke Salman Radhiyallahu ‘Anhu dan Salman berkata: ‘Ya, Hudzaifah, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Salam kadang-kadang marah dan berbicara dalam keadaan demikian, dan kadang-kadang senang dan berbicara dalam keadaan demikian. Saya tahu bahawa s.a.w telah menyapa kami dan berkata:
أَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي سَبَبْتُهُ (سَبَّةً) فِي غَضَبِي أَوْ لَعَنْتُهُ لَعْنَةً، فَإِنَّمَا أَنَا رَجُلٌ مِنْ وَلَدِ آدَمَ أَغْضَبُ كَمَا تَغْضَبُونَ، إِنَّمَا بَعَثَنِي اللهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ فَاجْعَلْهَا صَلَاةً عَلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَة
Kisah ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Ahmad bin Yunus, dari Ya’idah. Mungkin ditanyakan: Apa bentuk rahmat yang diperoleh bagi mereka yang kafir terhadap beliau Nabi s.a.w, Jawapannya adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far, dari Ibn ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhu mengenai ayat ini:
وَمَآ أَرْسَلْنَـكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَـلَمِينَ
Dia berkata, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, rahmat akan ditetapkan atasnya di dunia ini dan akhirat. Barangsiapa tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dilindungi dari apa yang telah menimpa bangsa-bangsa terdahulu (kemusnahan), seperti gempa bumi dan hujan batu.”
Ayat yang mulia itu adalah sebesar-besar ayat yang menjelaskan kepada manusia bahawa Allah s.w.t telah mengutus sekaligus Rasul-Nya yang termulia,Rasulullah s.a.w untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.Yakni rahmat secara umum dan merata atas semua makhluk-Nya.Ini kerana lafaz al-'alamin menunjukkan kemutlakan dan menyeluruh. Sehingga,Baginda s.a.w menjadi rahmat untuk mereka semua.
Rahmat ini merangkumi: rahmat untuk alam manusia ( baik mukmin dan kafirnya), rahmat untuk alam Malaikat, rahmat untuk alam jin ( baik yang mukmin dan kafirnya ) , rahmat untuk alam haiwan.
Sedangkan rahmat untuk orang-orang mukmin atau yang beriman ialah bahawa Allah s.w.t memberi hidayah kepada mereka, memasukkan keimanan ke dalam hati mereka, lantas memasukkan mereka ke dalam syurga-Nya dengan sebab mereka mengamalkan apa-apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w yang mulia ini dari sisi-Nya.
Adapun rahmat untuk orang-orang kafir ialah bahawa Allah s.w.t tidak langsung mengazab mereka di dunia ini (kecuali tertentu) seperti halnya Dia mengazab dan membinasakan dengan merata orang-orang kafir sebelum mereka yang berani mendustakan para Nabi dan para Rasul Allah s.w.t( lihat : tafsir Ath Thabari ]
Allah s.w.t memberikan rahmat-Nya dengan diutuskan Rasulullah s.a.w untuk sekalian alam.Adapun bagi manusia,Allah menerangkan hal-hal yang benar dan dusta melalui Rasulullah s.a.w agar manusia menjadi baik serta bentul kehidupan mereka dan mengingati akan hari akhirat serta peluang-peluang yang diberikan sesudah manusia berada dalam zon kegelapan dlama kehidupan mereka kepada cahaya hidayah yang sebenar-benarnya.Disamping itu,kesan dari rahmat ini,orang-orang yang beriman akan mendapatkan apa yang dijanjikan dengan Rahman-Nya di akhirat,sementara apa yang di ingkari,maka tidak adalah rahmat untuk mereka kelak ketika bertemu Allah s.w.t
Rahmat Allah s.w.t untuk mengampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak dengan cara menaati perinta-Nya dan Rasul-Nya.Allah s.w.t telah mengariskan batas-batas sempadan dan menetapkan pahala dosa dengan jelasnya dan setiap manusia akan mendapat apa yang di usahakan tanpa dikurangkan sedikitpun menurut peraturan dan hukum ketetapan-Nya.
Rahmat Allah melimpah-limpah kepada sekalian manusia untuk mendapatkan ruang tempat kembali,ketika mana dosa sepenuh bumi sekalipun,maka rahmat Allah seluas-luasnya alam ini selagimana seseorang itu ingin kembali menaati perintah-Nya.Allah menerangkan jalan-jalan yang benar dan lurus melalui Rasulullah s.a.w,maka apa yang perlu dilalui oleh seseorang untuk mendapatkan rahmat tersebut adalah mengikut apa yang telah di sampaikan Rasul-Nya.
Walaupun dosa sepenuh bumi (tidak melibatkan dosa syirik),ingatlah bahawa,Allah sungguh luas rahmat-Nya,iaitu selagi mana ruang-ruang itu tidak ditutup,dan sementara dibuka untuk meraih rahmat-Nya yang seluas-luasnya.
Menukilkan sebuah hadits dari Al-Ustadz Yazid bin ‘Abdul Qadir Jawas:
عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : (( قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً )).
Disebutkan jalan untuk meraih rahmat tersebut dapatlah di usahakan dengan doa,dan mengharap dengan sepenuh hati akan pengampunan Allah s.w.t.Sesungguhnya,seseorang itu sangat berharap akan keampunan itu akan dosa-dosanya.Dan dalam pada itu,berusaha untuk memperbaiki diri dan istiqomah dan terus berdoa dengan rasa yakin dengan harapan Allah s.w.t membimbing dan memberikan kehidupan yang gelap kepada cahaya pertunjuk-Nya dan senantiasa ada didalam hati dirinya.Inn syaAllah.
Hanya kerana satu dosa yang telah dilakukan,mengapa hendak membinasakan hidup seluruhnya di akhirat ?
Dan tidakah seseorang itu melihat rahmat Allah meliputi langit dan bumi ? atau apakah yang menghalanginya dari memohon pengampunan Allah ?
Tidak akan berjaya orang-orang yang berputus asa melainkan akan gagal dalam memperolehi rahmat Allah s.w.t sedang terdapat pula orang-orang yang memperolehinya (dengan penuh harapan dan yakin) ?
No comments:
Post a Comment